Dua-dua manusia di atas tidak boleh dipercayai
Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas
tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada
November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada
Jun ini.
"SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada
hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di
Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini.
Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya,
antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13,
penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang
dipercayai,' undi awal dan undi pos.
Mengenai daftar pengundi, beliau berkata daftar terbaru pada suku
pertama tahun ini belum diwartakan lagi kerana baru selesai dipamerkan
kepada umum.
Katanya pengundi negeri Kedah yang berdaftar dan layak mengundi
berdasarkan daftar tahun lepas sekiranya pilihan raya diadakan dalam
masa terdekat berjumlah hampir 994,000 orang.
Dalam taklimatnya sebelum itu, beliau meminta pengamal media memberi
kerjasama kepada SPR dengan membuat laporan betul dan tepat,
menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi di samping mematuhi etika
kewartawanan.
"Langkah mewartakan pengamal media boleh mengundi secara pos masih dalam
proses. Saya tidak pasti sama ada sempat diwartakan atau tidak dalam
masa terdekat," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment