KUALA
LUMPUR 13 Mei: Borang pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures
Holding (FGVH) yang diedarkan sebelum penyenaraiannya di bursa saham
adalah satu bentuk penipuan kepada peneroka Felda.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan
Aliman berkata, Felda sepatutnya menunggu kelulusan dari Suruhanjaya
Sekuriti sebelum berbuat demikian.
“Borang tidak boleh diagih sebelum keputusan penyenaraian 18 Mei ini.
Tindakan tergesa-gesa ini jelas menunjukkan Felda cuba menipu peneroka.
“Perjanjian juga ditulis dengan kabur dan bahasa Inggeris dipakai agar
peneroka tidak faham dengan jelas (syarat perjanjian),” katanya ketika
dihubungi.
Justeru, katanya lagi, peguam ANAK telah memohon injunksi di mahkamah
bagi menarik balik perjanjian yang ditandatangani dan akan didengar 16
Mei ini.
Sebelum ini, peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH.
Antara bank yang dilantik Felda ialah Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank.
Perjanjian itu tidak menyatakan dengan jelas jumlah pinjaman dan jadual
pembayaran, malah mengenakan faedah 5 peratus dan mewajibkan bayaran
dijelaskan selepas enam bulan penyenaraian.
Peneroka juga dipaksa menandatangi satu surat tanggung kerugian, yang
meletakkan semua risiko kerugian di atas bahu mereka.
Antara lain ia
menyebut:
“Saya pada bila-bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia
menanggung segala kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian
terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, caj, penalti, fee,
denda, kos yuran undang-undang, dan apa jua perbelanjaan yang dibuat,
diambil, dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena
bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya atau mana-mana orang
perseorangan yang berbangkit atau bersangkutan atau berhubungan dengan
surat ini”.
Katanya lagi, peneroka yang telah menandatangani dan menghantar borang
kepada pengurusan Felda diminta menarik balik supaya tidak terus
ditipu.
“Jika ada kesukaran atau pengurus Felda tidak benarkan, buat laporan polis dan bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya lagi.
5 comments:
mana peneroka nak cari duit byr pinjaman selepas 6 bulan? kalau mrk jual saham nak byr pinjaman, makna mrk tak ada apa2 lg dlm felda.
kadang tu aku rasa patut biarkan je yang teruja sangat nak "durian runtuh" hempap kepala RM15000 tu, biasa la orang kita ni, dah terhantuk baru terngadah, tu istilah biasa untuk orang melayu... patut ke biarkan mereka terhantuk?? biarkan mereka terngadah sendiri, jangan salahkan PR pulak lepas tu dah la bila PR dah sampai Putrajaya.
sampai bila agaknye felda nak biarkan peneroka dibelenggu hutang..habis satu, satu lagi dikluarkn..penerok dan hutang bagai aur dgn tebing..klu mcm ni la ke kubur pun bwk hutang .
aku dah banyak kali komen pasal peneroka felda ni...memang dia orang ni species bangang yang tak boleh diajar..lantaklah mereka nak tergadai ke nak bangkrap ke sebab cakap lah apapun tapi otak mereka tetap dengan UMNO. Esok bila kena tipu baru mengongoi..
apa yg aku tau peneroka akan dapat saham sebnyak.10000 unit dengan harga rm3.85/unit.apabila disenaraikan harga seunit mgkin akan naik sehingga rm4.60 dimana naik rm0.75/unit.disini peneroka diberi pilihan samada nak jual saham kat orang luaq @ bayaq balik loan rm38500(rm3.85 x 10000)dalam tempoh 6 bulan..(nak amik duit mana org kaya xpa la).kalau peneroka amik pilihan nak jual saham peneroka xkena bayaq loan tu sebaliknya akan dapat perbezaan harga saham tadi rm0.75 x 10000=7500.dan saham ni dijual kat ORG LUAQ?SAPA??PUBLIC...XKIRA LA SAPA melayu,cina india,org singapore ka yahudi ka.sapa ada duit leh amik...org singapore tgah standby duit je nak beli saham ni...sekarang sapa yg rugi???!!!
Post a Comment