Wednesday, May 23, 2012

SKANDAL PKFZ!!! Tangguh kes Kong Choy untuk tutup kebodohan kerajaan UMNO/BN


(Chan Kong Choy dibawa ke mahkamah....namun kesnya tangguh lagi)
KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat semata-mata bertujuan menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno sebelum pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
(gambar bawah) berkata, jika perbicaraan tersebut diteruskan, ia akan mendedahkan lebih banyak lagi kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga boleh ditipu oleh Chan yang ketika itu adalah Menteri Pengangkutan.

Jika terlalu banyak kebodohan kerajaan terdedah sebelum pilihan raya, Umno bimbang perkara itu akan menjejaskan peluangnya, klata beliau.


"Apa yang lebih menarik, Umno tidak boleh menyalahkan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) semata-mata kerana kerajaan di bawah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga ditipu apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa (bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr) Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek yang sama," katanya.

Menurut Mahfuz, memang menjadi trend Umno dan Dr Mahathir sendiri untuk menjadikan Abdullah sebagai kambing hitam apabila dibangkitkan apa jua kesalahan pentadbiran kerajaan Umno.


"Tetapi dalam hal PKFZ, Dr Mahathir dan Umno tidak boleh salahkan Abdullah sahaja kerana beliau pun kena tipu juga," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Perbicaraan kes tipu tersebut ditangguhkan ke 31 Oktober depan selepas pihak pendakwaan memohon penangguhan.


Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara masih belum membuat keputusan mengenai representasi pihak pembelaan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat keputusan muktamad berhubung permohonan berkenaan.


Mahfuz bagaimanapun menyifatkan usaha untuk menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya adalah usaha yang sia-sia dan "seperti menutup bangkai gajah dengan daun sehelai".


"Rakyat sudah tahu kerajaan Umno BN begitu bodoh dan dengan mudah ditipu oleh menterinya sendiri dalam isu PKFZ itu," katanya.


Malah, katanya lagi, usaha terdesak itu tidak boleh menutup pelbagai kesalahan lain yang lebih besar yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN.


"Bukan isu PKFZ sahaja yang menyalakan api kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, isu (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) lari dari inkuiri mahkamah Perancis berhubung urusniaga kapal selam Scorpene, isu kekejaman polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu dan banyak lagi isu lain malah tidak habis-habis tindak tanduk Umno BN yang mencetukan kemarahan rakyat.


"Sebab itulah tindakan tidak tentu arah menangguhkan perbicaraan itu sehingga selepas pilihan raya tidak akan memberi apa-apa kesan," kata Mahfuz.


Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim, yang juga hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang ditugaskan mengendalikan perbicaraan kes itu memberikan reaksi yang negatif terhadap tindakan pihak pendakwaan memohon menangguhkan kes itu.


Zamani juga dengan sinis berkata beliau tidak mahu sesiapa mempunyai tanggapan bahawa beliau 'makan angin' setiap kali hadir di mahkamah Kuala Lumpur berikutan terpaksa menangguh perbicaraan berkenaan.

No comments: