Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...
Tetapi ia ada berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan
kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini memperlihatkan Tan Sri
Anuar telah menyertai satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan
Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri
menuntut duit royalti dari Petronas.
Lebih 20,000 tanda tangan telah
berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar
atas) .
Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anuar Musa menyokong
usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan
menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat )
.
Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini
datangnya dari Umno Parti yang di sertai oleh Anuar Musa bukannya dari
Petronas.
Sebagai yang terjadi dan apa yang pernah berlaku diTerenganu
bila mana perjanjian di cabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila
mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan
baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.
Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu
Royalti diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ?
sedangkan kita mengetauhui bahawa Anuar Musa adalah diantara orang kuat
Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang
jawatan Menteri Belia dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli
majlis tertinggi Umno.
Adakah tindakan Anuar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar dia
menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana kerana kita
tahu pada 5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan
dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya
buat diri saya .
Jika Anuar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya
ucapkan syabas kepada beliau.
Sebaiknya Tan Sri Anuar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan
sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau
Pas yang memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak .
Jangan kamu (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi
dendam kesumat serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan
akan di persolakan oleh Allah di Akhirat kelak.
Di akhir kata apa yang
berlaku du bukit jalil semalam akan membuka lembaran baru di dalam
kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.
** Taniah Kelantan kerana menjadi juara piala FA semalam.
wallahualam..Batu vs Kayu
No comments:
Post a Comment