Sunday, May 6, 2012

SUNGGUH KECEWA!!! Pelatih PLKN selamatkan malu Najib di Taman Gelora

KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. 
Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. 
Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. 
 "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. 
Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.  
Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. 
Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir


Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu

Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora

Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan

[Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. 
Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. 
Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". 
Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. 
Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. 
Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].PDO

11 comments:

Anonymous said...

Harap harap situasi macam ni kekal berlanjutan dimana saja sehingga pilihanraya

Anonymous said...

tak ramai kerana hujan pun masaalah ke?klu malu kena marah kat tuhanlah gitu.dah biasa berpuluh ribu apa nak hairankan.

Anonymous said...

Nama pn Taman Gelora...
malis pun bergelora jugak le..nampaknya pas ni kena tukar nama..

Anonymous said...

Next time bila najib buat perjumpbn rakyat kita TOLONG meriahkan suasana dgn sorakkan BOOooo... Apa mcm? Ada berani?

panglima puteh said...

macammana ni? mana petugas amno. Dapat duit chau. Wat malu piem sajo. memang kalau tak bagi duit cukup, tak kerje mereka. memang dasar pengamal rasuah.... tak dak pulus jadi tak mulus. nasib baik lah ada bebudak tu.... tapi masih banyak kerusi kosong. Patutt dah tak de orang, buanglah kerusi kosong tu dan sempitkan dewan. baru nampak penuh. yang ni pun nak kena ajor, benok sungguh.

Awang Fauzi said...

Alahai, kan polis, askar ramai? Kerahlah dia org datang dan suruh pakai preman, dokkan nak ajor se se, benok sungguh umporno nih!

Anonymous said...

Nasib bek dpt ujan rahmat, drpd dpt air water cannon dan gas pemedih mata..

Anonymous said...

Berani saya berkata, kalu hujan masa bersih3.0 dulu, masih ramai yang akan hadir... Tapi untuk najis ni Kesian sikit, mandat dah jelas hilang... Jangan kata tiada balasan dalam Alam ini, Apa yang dilakukan sedang diperhatikan oleh tuhan... Hancur engkau jib, tuhan sedang menghukum kau, masih tak sedar sedar, tunggu la Bila sampai neraka nanti jangan menjerit sakit!!!

Anonymous said...

Laungkan se x nama altatunya / aminah

Anonymous said...

W/pun ada Water cannon & tear gas = message delivered loud and clear to NAJIS. Ni majlis yg Xde water cannon pun message X sampai...pe cite bai

Anonymous said...

1) manusia merancang... Allah SWT juga merancang. Perancangan Allah SWT itulah yang tepat.

2) Yg berpuloh ribu tu ikhlas pergi ke atau diarah utk pergi atau dibayar utk pergi???