KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat
sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program
tersebut.
Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan
para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto)
itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang
Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi
tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan
Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya
kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan.
"Mujurlah ada
budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang
lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut
dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin
ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta
Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.
Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.
Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan
semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi
kawasan itu.
Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir
Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu
Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora
Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan
[Sungguh
memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib
dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut
dengan hujan lebat dan ribut.
Sebelum ini kejadian yang sama melanda
tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini
mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program
yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu.
Jika di Himpunan Bersih
3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan
"gas pemedih mata".
Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan
lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak
polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program
Najib tidak menjadi dan hambar.
Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan
yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan.
Sepatutnya,
kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan
pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].PDO
11 comments:
Harap harap situasi macam ni kekal berlanjutan dimana saja sehingga pilihanraya
tak ramai kerana hujan pun masaalah ke?klu malu kena marah kat tuhanlah gitu.dah biasa berpuluh ribu apa nak hairankan.
Nama pn Taman Gelora...
malis pun bergelora jugak le..nampaknya pas ni kena tukar nama..
Next time bila najib buat perjumpbn rakyat kita TOLONG meriahkan suasana dgn sorakkan BOOooo... Apa mcm? Ada berani?
macammana ni? mana petugas amno. Dapat duit chau. Wat malu piem sajo. memang kalau tak bagi duit cukup, tak kerje mereka. memang dasar pengamal rasuah.... tak dak pulus jadi tak mulus. nasib baik lah ada bebudak tu.... tapi masih banyak kerusi kosong. Patutt dah tak de orang, buanglah kerusi kosong tu dan sempitkan dewan. baru nampak penuh. yang ni pun nak kena ajor, benok sungguh.
Alahai, kan polis, askar ramai? Kerahlah dia org datang dan suruh pakai preman, dokkan nak ajor se se, benok sungguh umporno nih!
Nasib bek dpt ujan rahmat, drpd dpt air water cannon dan gas pemedih mata..
Berani saya berkata, kalu hujan masa bersih3.0 dulu, masih ramai yang akan hadir... Tapi untuk najis ni Kesian sikit, mandat dah jelas hilang... Jangan kata tiada balasan dalam Alam ini, Apa yang dilakukan sedang diperhatikan oleh tuhan... Hancur engkau jib, tuhan sedang menghukum kau, masih tak sedar sedar, tunggu la Bila sampai neraka nanti jangan menjerit sakit!!!
Laungkan se x nama altatunya / aminah
W/pun ada Water cannon & tear gas = message delivered loud and clear to NAJIS. Ni majlis yg Xde water cannon pun message X sampai...pe cite bai
1) manusia merancang... Allah SWT juga merancang. Perancangan Allah SWT itulah yang tepat.
2) Yg berpuloh ribu tu ikhlas pergi ke atau diarah utk pergi atau dibayar utk pergi???
Post a Comment