gambar (1)
Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa
dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t.
Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para
ulama serta hukum Allah itu sendiri.
Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan
dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz
tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu
sendiri.
Kalau di tanya 100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh
cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh
mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku
lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton
kemudian di paste gambar Tok Guru...,adakah anda percaya TGNA akan
melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?
Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah ,
menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah
sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir.
Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu
Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan
banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah bermaksud:Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.†(Surah
al-Hujurat, ayat 6)
2 comments:
Yg percaya hanyalh anjing kurap sja,habis citer...
Sapalah yang caya TGNA bersalam dgn Ambiga. tapi kalau Najib bersalam dgn pmpuan bukan muhrim, tak payah tunjuk gambar, bgtahu aje 100% percaya...
Post a Comment