Hari ini baru penulis
berangkat pulang setelah semalam bersama ribuan pencinta perjuangan PAS
di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.
Tak kiralah berapa ratus ribu yang hadir, 100,000 ke, 120,000 ke ataupun
melalui kaedah kiraan Rais Yatim, 22,000 ke, yang penulis tahu sama ada
di luar atau di dalam begitu payah kaki ini nak melangkah panjang.
Kadang-kadang terpaksa berjalan berensot-ensot dan berasak-asak.
Penulis sendiri ada
mengambil beberapa gambar dan merakamkan video beberapa senario untuk
turut membuktikan bahawa di tempat duduk stadium mahupun di atas padang
yang basah dan lecak, memang penuh dengan manusia berpakaian hijau.
Sepanjang himpunan itu
penulis rasa cukup bangga dengan PAS kerana berjaya mentarbiyah manusia
untuk hadir dari beratus kilometer seluruh negara dengan perbelanjaan
sendiri tanpa penaja dn upah semata-mata untuk menzahirkan rasa
pejuangan bersama yang kental dalam menghadapi segala tekanan dan
tribulasi dari pihak UBN.
Kehadiran ratusan ribu
manusia itu tidak meluakkan sedikit pun duit parti Pas yang memang tak
banyak mana duitnya, malah sebaliknya mendapat sumbangan derma ikhlas
dari ratusan ribu para hadirin.
Acara kemuncak sebelah
malam bermula dengan solat maghrib yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang dan kemudian Tuan Guru Haji Salleh mengimamkan
solat sunat hajat.
Paling menarik Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil turut
serta dalam solat hajat. Rasanya Tan Sri bukan tidak pernah solat sunat
hajat namun rasanya solat hajat malam tadi memberi pengalaman yang lebih
mengujakan kepada Tan Sri!
Penulis melihat dan
mendengar dengan jelas suara hadirin ketika mengikut Cikgu Pa berbaiah.
Jelas setiap perkataan yang disebutkan oleh hadirin yang berada di
sekitar penulis malah ada di antara mereka bagaikan menjerit kerana
semangat yang cukup tinggi. Ini membuktikan mereka yang hadir tidak
main-main dalam perjuangan ini.
Tatkala selesai Tuan Guru
Mursyidul Am yang kasihi membaca doa, para hadirin sekali lagi
berasak-asak keluar stadium. Walaupun berasak-asak namun tetap dapat
dilihat kesabaran dalam kalangan mereka. Mereka yang tua, yang OKU dan
seumpamanya diberi ruang dan dibantu untuk keluar.
Di luar sekali lagi
penulis dan kawan-kawan tersangkut sebelum sampai ke hotel. Tiba-tiba
seorang anak muda mengetuk cermin kereta bertanya kami hendak ke mana.
Kawan yang memandu memberi tahu bahawa kami mahu pulang ke hotel.
"Kalau macam tu, abang undur sikit kereta abang dan ikut kawan saya ni", kata pemuda itu. Kami cuak jugak tapi kami ikut sahaja.
Setelah melalui beberepa
jalan 'short-cut' akhirnya dalam 10 minit kami sampai ke hotel. Tak
sempat kami mahu bersalam, pemuda yang membawa kami ke situ mengangkat
tangan sambil mengucap selamat kepada kami. Jika tidak dibantu
pertolongan pemuda itu kami mungkin tersang kut hampir sejam di atas
jalan raya yang sesak.
Hari ini penulis pulang
ke kampung halaman untuk meneruskan perjuangan parti di cawangan kami.
Nanti apabila sampai di rumah, penulis akan terus mencoret pelbagai
kenangan menarik himpunan ke Putrajaya!Garamlada
1 comment:
Alhamdulillah, dharapkn semua ahli pas (pimpinan & penyokong)mengekalkn semangat tinggi ini dn bersedia dtahap pertama utk perjuangan seterusnya yg lebih mcabar...
Post a Comment