Saya mulakan dengan ARAHAN ALLAH ini;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan musuh [serta tipu daya mereka] maka hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu, dan sebut serta ingatilah Allah sebanyaknya supaya kamu berjaya mencapai kemenangan".
[Al-Anfal: 45]
ARAHAN ALLAH untuk mereka yang ceburi 'amal dakwah ini untuk pegang kuat [tsabat] apabila suatu pendirian dah dibuat, atau disyurakan! Kenali "musuh" dalam muwajjahah silmiyyah [politik pilihanraya] adalah KEWAJIPAN untuk du'at, dan istiqamahlah. Musuh itu adalah dasar [millah] dan manusia itu menjadi mad'u.
Oleh itu;
1- Seorang da'ie diharuskan menggunakan apa jua tool, atau platform untuk kerja dakwah disampaikan. Selagi tidak diharamkan, maka pelbagai tool yang ada di pasaran itu diharuskan. Malah jadi wajib bila tiada tool lain. Tidak timbul istilah: "ini kerja Islam, itu bukan kerja Islam" dalam 'amal dakwah.
2- Juga dalam politik. Du'at harus keluar dari definasi politik kebencian yg menjadi persepsi manusia. Du'at wajib warnakan politik itu dgn cahaya Islam. belajarlah dari 'ibrah lampau bagaimana untuk mewarnakan poltik itu.
3- Mukmin hanya terlibat dalam politik untuk amar makruf nahi munkar. Tiada matlamat lain. Tapi seorang fajir muslim atau bukan Islam masuk politik untuk kuasa, harta dan wanita. Semua itu mampu dibezakan. Keikhlasan diterbitkan oleh Allah tatkala kita bersungguh dalam dakwah itu. Sebaliknya kehinaan ditimpakan buat mereka yang bersama kefasadatan. Itulah fitrah alam. Dah banyak dibentang depan mata kita.
4- Mesir melalui zaman fitrahNya. Bumi anbiyak itu juga adalah rumah fir'aun. Pelbagai tamadun silih ganti. Lama bagaimanapun kuasa, Allah akan jatuhkan. Tuhan pinjamkan kuasa pada sahabat kita Ikhwanul Muslimin untuk mereka bebaskan kezaliman dan penghambaan makhluq itu secara 'amali, bukan lagi kata-kata. Susah sebenarnya mahu keluarkan si Arab itu dari penghambaan fir'aun untuk kembali pada risalah nubuwwah. Sasarannya untuk manusia Islam & bukan Islam. Selebihnya tunggulah hidayah Allah yg bakal tiba...
BESAR SUNGGUH AMANAH kamu wahai Mursi dan ikhwah di sana!
Kami menjejakimu sekarang ini di bumi Malaysia...!
Du'akan kami!
=================
Teka-teki di tanahair makin dekat. Kita dah tak ada masa. Peperangan ini memerlukan FOKUS dan ambillah posisi dan peranan masing-masing. Buatlah sekecil mana sekalipun dalam jihad ini, walau untuk bancuh kopi, pasang bendera, kerja cula, Unit 'Amal atau kawal pondok panas sekalipun. Atau tidak mampu juga; cukuplah untuk tebarkan du'a buat mereka yang di medan ini.
JANGANLAH GANGGU FOKUS MEREKA!
Saya ajak semua rakan dakwah untuk bantu, bukan berseteru! Saya kecewa sejak tahun kebelakangan ini, ketika PAS dan Gerakan Islam ber-muwajjahah silimiyyah, sekelompok manusia dari ISMA sanggup tak berpendirian melontarkan tembakan "PAS hilang identiti", "PAS dalam kecelaruan", "PAS diperalat", "PAS tak mahu negara Islam", kaji semula tahaaluf siyasi, etc... Semua ditujukan buat PAS yg sedang berjuang, bukan pada musuh.
Semakin parah dua minggu ini, tatkala mereka terpaksa cari redho musuh yg "dikatakan fasik" itu untu kuatkan keris perkauman mereka.
Siapa sebenarnya yang CELARU & KELIRU? Slogan perkauman ISMA itu disambut gembira [dalam photo] oleh mereka. Beratnya slogan perkauman itu, sampai ISMA menggelupur lebih 7 kecelaruan mempertahankan kecelaruan itu;
[1] PERTAMA - Sebaik Mac 2008, serangan pertama untuk PAS+UMNO bersatu penuh, bermula di Perak, dan merebak ke tempat-tempat lain demi melawan DAP dan non-muslim lain yang kafir dan anti Islam.
[2] KEDUA - Selepas tidak popular, datang seruan PAS dan UMNO tak perlu bersatu sebagai parti, cukuplah berpakat dalam perkara yang menguntungkan Melayu dan Islam. Masa itu keluarlah slogan perkauman Melayu Sepakat Islam Berdaulat sebagai dasar perkauman mereka.
[3] KETIGA - Bagi yang dah keliru, mereka datangkan pendirian masing-masing; kami setuju dengan tahaaluf itu, cuma kami mahukan PAS lebih menonjol dan jangan diperkudakan oleh DAP atau Anwar. Nampak menarik!
[4] KEEMPAT - Tidak lama keluar pula kenyataan "BN itupun pun adalah tahaaluf siyasi juga". [Masya Allah!] Berdegar PutraJaya dengan ucapan itu. Hudhaibiyyah disamakan dengan BN! Kezaliman disandarkan pada sirah nabi? Atas dasar BN itu tahaaluf siyasi; berkatalah qiyadah lain mengguna usul fiqh "mudhorat yang lebih kecil" maka Pakatan Rakyat itu lebih bahaya jika menang dalam PRU13 kelak.
[5] KELIMA - Keputusan rasmi syura diumumkan oleh Ketuanya sendiri "tolak UMNO, tolak DAP, sokong penuh PAS, tapi hanya sokong PAS yang tulen sahaja". Akhirnya cuba disangkal dalam tulisan di facebook bila dikritik hebat. Syura boleh berubah-ubah ikut suka hati? Ahli masih bingung dengan pendirian PAS tulen jelmaan Hasan Ali itu.
[6] KEENAM - Tatkala marah bila ditegur terbuka; datang asatizah Negeri Sembilan mengeluarkan fatwa yang panjang bahasa Minang [https://www.facebook.com/mohdhazizi.abrahman/posts/424767477556731?comment_id=5090022¬if_t=comment_mention].
Faham dari fatwa itu maka yang paling layak untuk dipilih hanyalah jika yang bertanding itu adalah JATI atau ISMA sahaja. Tidak ada mana-mana pemimpin parti politik sekarang jatuh dalam kriteria yg diberikan itu.
[7] KETUJUH - Pasca KOMPAS yang sungguh membanggakan UMNO yang dikatakan "fasik"itu, dan selepas bualbicara Kelantan minggu sudah; tampillah arahan tunggu dan lihat hinggalah keluar manifesto untuk buat pendirian politik.
p/s -
Saya TEGASKAN dengan sungguh di sini, kenyataan Ust Fauzi Asmuni di Kelantan di hadapan umum yang dia dah baca "Kertas Kerja Tahaaluf Siyasi" PAS adalah tidak benar [bohong]. Saya serahkan "Garis Panduan Tahaaluf Siyasi" pada beberapa pimpinan ISMA yang minta, bukan Kertas Kerja. Garis Panduan itu dijadikan sisipan utk perbahasan muktamar dan dipelbagai peringkat dahulu.
Itu bukan sesekali Kertas Kerja Dasar [strategi] yang ada di Ibu pejabat PAS, dan hingga kini ISMA belum mengotakan janji mereka untuk jumpa dan discuss dengan qiyadah PAS.
=================
SIAPA CELARU & KELIRU?
Saya geleng kepala dengan 7 pendirian oleh hampir 7 asatizah ISMA itu. Saya terpaksa pamerkan pendirian "merapu" ini disebabkan disiplin pemilihan ketua dan khilafah bukan kecil dan dhowabitnya sungguh ketat. Saya benci pada mereka anggap PAS tak serius dalam tahaaluf ini, sampai melontar FITNAH tiada kertas kerja, tiada nas, berbohong pada ahli etc. Ada yg begitu 'ujub menunjukkan ilmu dari Mesir mereka.
JAWAPAN saya dari kecelaruan di atas saya nyatakan di sini
http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150949216144876
Mohon asatizah ISMA, ie; Abdullah Zaik, Aminuddin, Sharipudin, Hazizi, Fauzi dan lain-lain mereka untuk baca kecelaruan yang saya kongsikan ini.
Itu semua KALAM KAMU wahai asatizah atasan tatkala bercakap isu politik, tapi gagal berpijak pada realiti dan fitrah 'alam. Saya tidak berani menciptakan kata-kata sebegitu.
Ummah melihat, ahli-ahli jundiyyah ISMA melihat. Walau ada musuh-musuh Islam yang gembira dan suka atas kecelaruan itu, TAPI kami sebagai du'at dakwah dan siyasah sungguh kecewa. Kami sangat sayangkan antum sebenar-benarnya kerana Allah, dan kami mahu kamu turut mengambil posisi dalam muwajjahah silmiyyah ini.
Bagi yang berjihad - TERUSKAN amanah kamu!
Jangan sesekali terpedaya atas apa jua helah mengangkat Al-Quran ketika peperangan Shiffin ini. Kukuhkanlah pendirian kamu, Insya Allah janji Allah itu adalah semakin pasti...!
Way forward!
Irkam ma'ana ayyuhal ikhwatil kiram...!
Masanya belum terlambat..

Ahmad Sayuti Bashiron
12 comments:
Gila isen. Kata orang Peghok.
ittaqillah ya syeikh. macam bikin perang je. lepak sudey. kata nak kebebasan bersuara. biarlah ngo bersuara dengan suara dia sendiri. adakah tuan pasti apa yg isma niatkan sedimikian. beli dulu buku melayu sepakat islam berdaulat tu. kaji dan kritik ikut topik. bukan menyalahkan niat. isma pon tak musuh dengan pas.
siapa yang menyerang? ISMA serang PAS tak ada rasa bersalah. ini bukan perang tapi menerang kecelaruan ISMA supaya mereka yang baca, dengar serangan pemimpin ISMA terhadap PAS faham tidak keliru.
Jika ISMA betul , bertemulah dengan pimpinan PAS . Berbincang bukan menyerang.
Ini baru pemimpin bawahan PAS tulis artikel, dah kalut ISMA.
ISMA tak musuh dengan PAS-Itu ucapan bohong ramai pemimpin ISMA bila bertemu orang PAS. Di belakang hentam PAS.
moga Allah terima amal kita sebagai pemberat mizan di akhirat kelak. moga Allah ampunkan dosa dosa kami. "Melayu sepakat Islam berdaulat"
"Membina generasi harapan"
seeru ala barakatillah....
tapi setakat ni ISMA menegur kedua-dua belah pihak. Bila ISMA tegur kerajaan, xde plak isu nak kecoh2 ape. Tapi bila ISMA tegur PAS, terus kecoh. Memang PAS x boleh nak tegur. Cakap je tegur la PAS, PAS sedia menerima teguran. Hipokrit je tu. Parti politik kan. Teringat kata2 sorg ahli panel masa diskusi facebooker tempoh hari, pantang x sokong pihak dia, terus bangkang.
ISMA tegur UMNO? tolong bagi bukti bro
bukak ar web isma..
bleh tgk, bpe byk isma tegur pas n bpe byk isma tegur umno..
jgn la sibuk bce teguran terhadap pas.. bce jgk pujian dll..
ni blum memerintah kerajaan, dah melenting..nmpk gaya nya kalau pegang kerajaan dgn akhlak cm ni..mmg llagi teruk la nmpk gayanya..
Wahai penyokong Parti Islam, jangan aibkan jamaah dengan hujah Dan akhlaq anda, rakyat sedang melihat....
tegur umno kunun... tegur umno bawah tempurung, tegur pas berdentum guruh dilangit.... pengecut!...
mmg pas tak boleh nak ditegur?... isma apa kurangnya... brother kat atas ni tegur sikit melenting cam hampeh... macamla teguran isma tu perfect sgt...
Isma ni pakai manhaj Ikhwan kono, tapi berguru dengan ulama muda UMNO yang sesatkan Ikhwan atas dasar nak jagi hati MSD.
Perjuangan apa macam ni?
Hunus hunus keris ni manhaj assola lah ye?
Post a Comment