Saturday, June 16, 2012

'KOTA KEMISKINAN' DI SABAH!!!! Menceritakan sesuatu yang tersembunyi di Sabah


GAMBAR yang anda saksikan ini bukanlah sulap atau pondok sementara tetapi 'ISTANA' milik seorang warga emas, MONGKILOU BTE AHMAD, yang terletak lima kilometer dari Pekan Kota Marudu, "Kota Kemiskinan Sabah".

Beliau sudah menetap di rumah bambu beratapkan daun nipah ini sejak 10 tahun yang lalu. Mongkilou tidak pernah mendapat sebarang bantuan seperti rumah PPRT/E-Kasih atau yang berpatutan sejajar dengan kedudukannya sebagai Anak Jati Sabah yang dijanjikan rumah oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Kisah Mongkilou ini mengulangi tragedi sedih seorang balu di Kota Marudu, Rosnia @ Annie Marambal, 36, yang mengharapkan ‘bulan jatuh ke riba’ setelah memohon bantuan melalui program e-kasih.


Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku ‘gejala politik songsang’ apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan, sebaliknya golongan berada mendapat bantuan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan papa kedana.


Disebalik kemiskinan rakyak sabah negeri termiskin di Malaysia kita lihat kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin besar di Sabah.



Lihat skandal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat


“Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.


Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; “Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.


Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”/sabahkini




Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan terkini. Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) di Sabah.

Dikatakan Musa mempunyai nilai kekayaan yang melampau tapi tiada siapa peduli, jika diteliti dengan benar, setakat menjadi Menteri Besar agak susah untuk mendapat kekayaan sedemikian, namun dalam UMNO segalanya mungkin dan tidak mustahil sama sekali.

SHAH ALAM, 15 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan dan deklarasi aset sepenuhnya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah berdasarkan pendedahan “Sarawak Report”.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darrell Leiking berkata deklarasi berkenaan termasuklah segala aset dan harta yang disimpan di luar negara di atas nama beliau atau nama ahli keluarga.

Laman web “Sarawak Report” dalam beberapa artikel sejak bulan April mendakwa Musa secara sistematik merompak hasil Sabah sejak 1996 dengan mengaut keuntungan melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, “Sarawak Report” mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Musa menyimpan wang melebihi USD 90 juta (RM270) juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich.

“Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Menurut Darell, IACA mendakwa Musa terlibat di dalam transaksi wang haram atau “money-

laundering” melalui beberapa ajen – termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes.
Beliau juga menggunakan akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Darell berkata demikian di dalam satu kenyataan bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa.
“Sarawak Report” turut mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cuba melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Musa.
“Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

“Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa,” kata Darrel.

“Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram (“money-laundering”) Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland.
“Mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman? ” soal mereka lagi.

8 comments:

Anonymous said...

Tak yah spin lah..bodoh punya artikel. Gi tengok Kelantan dulu. Pondok tu hanya beberapa kes terpencil yg tak kesampaian ke peringkat pemimpin. Artikel busuk ko ni sebenarnya nak bw fitnah kpd Shafiee apdal dan musa aman.Murahan punya blog. Ptuiiih.

Anonymous said...

Pelawok bodoh nama Bt ahmad..hanjing ada kat depan. Tah gambar mana ko Upload. Dasar blog Fitnah ptuiiiiih.

Anonymous said...

pencacai umporno dah tak tahan nak komen. bila komen nampak kebodohon terlampau. kesian.

Ko baca la artikel dulu

Anonymous said...

snguh aku ckp,hngpa yg pngikut umno/bn mmang bodo,buta hati,buta perut,busuk hati,buta tuli,hidung smbat,hdung kmbang,bontot leba,kemut keliling,kncing brcabang,kahak biru,kuku kaki hitam,korek bontot cium,

dr.cow in house said...

piee bedal dari dia bagi kat makcik tu duit baik dia bagi kat penyedap..
bagi kat makcik dapat apa..pie bedal tengok pun nak muntah..penyedap pehhh....baik punya tonggeng..tu yang pencacai lembumno meroyan kat dalam ni..bodoh punya lembu..menyokong membabibuta

blog ni mengeluarkan fakta bukan auta..kalau nak auta p cari blog papagomo sial tu..macam cerita fitnah ada kat dalam tu..lu orang nak copy paste untuk rujukan pun boleh atau pun nak buat 'kutubkhanah'.....jangan tunjuk bengngong nanti kena gelak..

lembu lembu bilala lu orang ni nak sedar....

Anonymous said...

dorg ni dh sronok dok kna huloq je..ada dee. Bg 2,3 ratuih sngup wt apa sja..p kcau org wt cramah la,p buat bising la, p wat taiko la..ni dee..hmpa pikiaq la elok2..pr wt utk anak cucu kita akn dtg..ni dok bela umno/bn dari tokwan aku smpai kt aku.apa aku dpt.yg depa dok kebaih duit rakyat..la kta nk anak cucu kta snang.bodoh pnya puak2 umno/bn.

Anonymous said...

Kuli2 umno jgn la susah payah bg komen kt sini,anda semua p tgk vcd lucah soi lek ke atau pn tgk dvd konsert k-pop ok....

Anonymous said...

Walaupun pahit ini adalah rialiti sebenar yang berlaku di Sabah. Saya orang sabah dan tahu akan kebenarannya. Tidak perlu menafikan gambar tersebut. Pic tersebut adalah salah satu pic yang ada di kawasan pedalaman Sabah, daerah2 sabah seperti Kota Marudu, Keningau, Pansiangan, nabawan, belah-belah sandakan (rural area) jgn tnya dekat pekan, masih memerlukan bantuan sewajarnya dr pihak berwajib. Sokongan Musa bukan dr pihak penduduk asli sabah tetapi dr "warganegara sonsang" alias PTI. sokongan warga asli sabah merundum setelah berlaku berat sebelah kepada penduduk tempatan (asli sabah).