Sejumlah 800 orang anak muda terlibat dalam acara konvoi
bermotosikal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK)
Larut petang semalam.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut,Akmal Kamaruddin berkata
tujuan program konvoi ini diadakan adalah untuk mengiringi perjalanan
penceramah undangan iaitu Pengerusi Ameerah Malaysia,Cik Fareedah Samad ke lokasi
program ceramah penerangan yang bakal berlangsung di Markas PAS Kg Gudang pada
sebelah malamnya.
Selain
itu ujarnya lagi,ia juga sebagai manifestasi suara anak muda di kawasan
ini dalam menterjemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan
Rakyat dan menolak Umno Barisan Nasional.
Konvoi yang memulakan perjalanan dari Ulu Sepetang pada jam
5.30 petang singgah sebentar di Kampung Bechah,Batu Kurau bagi memberi sokongan
terhadap satu upacara menaikkan bendera PAS gergasi sebagai simbolik setelah tertubuhnya
cawangan baru di situ
Menurut Akmal,Kampung Bechah ini adalah sebuah perkampungan yang
cukup sinonim dengan jolokan ‘kubu kuat Umno’.
“InsyaAllah jolokan itu akan bertukar menjadi ‘kubu kuat PAS’
tidak lama lagi apabila PAS kawasan berjaya menubuhkan cawangan bongsunya di
kampung ini beberapa hari yang lalu”
Ujar Akmal.Dengan tertubuhnya Cawangan baru di sini,kita
akan melipatgandakan usaha menyuntik kesedaran kepada masyarakat di kampung ini
agar bersama-sama menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan meninggalkan perjuangan
sia-sia bersama Umno Barisan Nasional.
Upacara menaikkan bendera diketuai mantan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah PDRM,Dato’ Fauzi Shaari yang baru sahaja mengisyhtiharkan
penyertaannya ke dalam PAS dalam satu majlis pengisyhtiharan yang berlangsung
di Taman Kota Wira baru-baru ini.
Para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg
Gudang sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera.
Setibanya di lokasi,mereka disambut oleh Pemuda PAS
Larut,Mohd Nazri Din yang sempat memberikan ucapan kata-kata semangat kepada
seluruh anak muda yang terlibat.
Nazri dalam ucapannya menyeru kepada seluruh pemuda agar terus
bekerja kuat bagi memastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat dan
menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang agar seluruh rakyat
dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada hari ini.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat lain yang turut serta dalam
program ini ialah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Larut Cikgu Mohd Adli Kamarun,Timbalan
Yang Dipertua PAS kawasan,Haji Zaki Hassan dan Ketua AMK Larut,Shaiful Lizam
Yusof
Akmal
bersama ketua AMK
Larut,Shaiful Lizam(kiri)
Larut,Shaiful Lizam(kiri)
Dato’ Fauzi memperkatakan sesuatu kepada Timbalan
Ketua Cabang KeADILan Larut,Cikgu Adli
Upacara menaikkan bendera gergasi di Kg Bechah
Bacaan doa sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera
Konvoi meneruskan perjalanan ke Markas PAS Kg Gudang
Minuman disediakan untuk para peserta konvoi melepaskan
dahaga
Reaksi spontan seorang anak muda menunjukkan tanda bagus sejurus selesai
konvoi
Ketua Pemuda PAS Larut,Nazri Dun sedang berucap
Written by;
Mohamad Shukri Abd Hamid
Unit Berita PAS Kawasan Larut
No comments:
Post a Comment