Pada
21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu
tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah
kubur yang “hilang” di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang
membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang
Islam, Umno tak kata apa.
Di Perak, penemuan warta kerajaan
negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku
secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat
carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno
sejak Zambry memerintah.
Dalam artikel “Tanah kubur pun Umno sapu”
itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa
pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.
Semalam,
salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk
menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah
berlaku.
Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim
Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di
Batu Gajah.
Tanah
perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah
Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan
sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari
1998.
Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.
Kes ini hampir sama dengan
banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus
operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang
Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada
cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak
tempat lagi.
Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu
lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin
tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.
Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area.
Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas
bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah
Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses
melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.
Kedudukannya
diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia
satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan.
Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang
baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.
Sekali
pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah
satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda
projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.
Apa istimewanya Keris Properties?
Tanah
Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid
Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana
ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah
syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon
Yin.
Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli
politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari
kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang
Melayu yang bangang.
Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali
mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001,
Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi
sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.
Lee
Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat
Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan
tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3
ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri
daripada dua keping tanah.
Satunya, adalah bekas kuarters JKR
yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua
yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan
penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos
“perpindahan” di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember
tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.
Syarikat
Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang
rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah
komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung
Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan,
mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung,
adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh
Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing
ini.
Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu.
Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang
sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.
Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.msk
1 comment:
Apa komen Ton Sri shabhibul samahah mufti,yang amat sensitif dengan suasana dan prasarana untuk orang muslim.Gemulah bapanya sanggup menimpas sekampung orang cina hanya dengan sebilah golok lading banjar.Takkan dia nak dok diam aje.Buktikan darah banjar didalam diri mu.Salam dari kulaan niring.
Post a Comment