Tuesday, June 26, 2012

MAI TENGOK!!! Blog-Blog UMNO hilang arah, tabur propaganda palsu yang basi

Oleh: Tok Senapi

Ada dua orang pembaca emel pertanyaan, apasai Tok Senapi lama dah tak menulis. Ada dua sebab mengapa TS menyepi, pertama TS diberi amanah siapkan satu kajiselidik mengenai politik Kedah, memang memakan masa dan tumpuan. Kerja agak rumit juga, Alhamdulillah TS dah siapkan serah pada pihak berkenaan untuk tindakan.


Keduanya, sebab TS rasa tak kalut sangat untuk bagi tumpuan menulis kerana para aktivis maya UMNO dan juga jentera propaganda UMNO Be End di luar alam maya juga telah melakukan kerja mereka dengan 'baik'. Maksud TS bukan baik bagi Be End tapi baik bagi Pakatan rakyat.


Antara 'kebaikan' tersebut ialah:


1. Secara umum jentera propaganda mereka kelihatan sudah hilang arah tujuan dan hilang daya menyaring dan menyusun isu mengikut keutamaan. Apa saja isu dikutip dan digunakan dari isu remeh hingga isu besar, ulasan terhadap isu juga tidak seragam di antara blogger nampak sangat cacamarba.


2. Lagi lagi isu Anwar. Anwar lagi lagi... sehingga ke tahap mengumpul semula isu kitar semula yang sudah dimainkan 13 tahun lalu, cuma diberi nafas baru dengan sedikit gubahan. Tukang putar piring hitam sapa? Umi Hafilda... waduh-waduh takdak muka lain dah ka? Itu kata orang UMNO sendiri... depa pun dah muak dengan jemuan tu, mokalau orang bukan UMNO lagi menyampahlah... Hari ni kalau ada isu yang serang Anwar maka orang tak akan dengar atau tak baca lagi dah. Mai isu apa pun tapi kalau kait dengan Anwar rakyat Malaysia dah buat pekak badak, takdak respond apa-apa lagi.


3. Secara terbuka blogger UMNO menuduh PAS kafir laknatullah, munafik, sesat entah macam-macam lagi tuduhan yang berat-berat. Dulu depa main isu kononnya PAS tuduh semua tu untuk UMNO, laa ni apa yang dituduh pada PAS dulu patah balik kelepukk kena domoi depa. Makin banyak UMNO dok maki PAS, dok laknat PAS lagi cerahlah masa depan UMNO.. teruskan.



4. Satu yang tak akan ditinggalkan oleh blogger UMNO ialah isu lucah. Pusin pi pusin mai wajib ada dalam blog depa bahan fitnah ka, komen ka, foto ka, maki ka, kutuk ka, perli ka... semua mesti ada bahan-bahan atau istilah lucah-lucah. Sesuai benar dengan keUMporNOan mereka. Kepala hotak UMNO penuh dengan sex sex sex...




5. 'Kebaikan' yang sangat baik khususnya bagi orang Cina di negara ini ialah propaganda UMNO tak habis-habis dok main isu perkauman Melayu dan kebencian terhadap orang Cina. Laa ni kalau kita pi tanya 10 orang Cina, 8 darinya meluat dekat UMNO akibat main isu perkauman tak sudah-sudah siang malam pagi petang. Empat tahun lebih UMNO dan konco2 depa Perkasa, JMM, Jati dll maki Cina dekat2 nak mengundi terhegeh-hegeh pi cari Cina minta undi. Cina akan jawab lan*** luulah UMNO!



TS dedahkan ini sebenarnya untuk aktivis alam maya Pakatan Rakyat, sebagai panduan... jangan dok buat kerja yang UMNO buat tu, rugi kita nanti...Kedah La

1 comment:

Zalee said...

Politik Malaysia bg bloggers2 UMNO dn pemimpin mreka ada lh brkisar tntang DSAI,PKR,PAS dn DAP je.Hapus kn smua ni maka aman sejahtera le negara ni.Ini je yg mampu di buat oleh mereka.Mereka memikir kn mereka hebat mentadbir negara tapi hakikat ny cuma bijak dlm hal putar belit dn songlap wang rakyat.Dn satu lg kehebatan mereka mncipta fitnah.