24 June 2012
TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni
Semalam
Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat
Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa. Beliau
mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat
adalah kerajaan “yang tidak boleh diharap".
Ini berikutan dakwaan Presiden
Umno itu bahawa Parti Keadilan yang mengawal Selangor berada dalam
krisis konflik dalaman dan menyeru kepada pengundi untuk memilih parti
yang "boleh menentukan kesinambungan kestabilan dan keyakinan".
“Pakatan Rakyat juga tidak
menghargai kebaikan PTPTN dan mereka juga tidak merasakan keperluan
untuk membayar hutang mereka". Najib memberitahu kepada 500
hadirin,"Jika kita mati tanpa membayar hutang, jiwa kita akan diseksa di
akhirat nanti".
Kehancoran UmnoBn
Apabila taraf seorang Perdana
Menteri dari UmnoBn sibuk membicarakan hal parti-parti dari Pakatan
Rakyat, ini menunjukkan bahawa nilai taraf seorang Perdana Menteri itu
diletakkan ditahap yang paling bawah sekali. Sebagai seorang Perdana
Menteri Malaysia, sepatutnya beliau membicarakan soal membantu Rakyat,
merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang merangsangkan dan melaksanakan
pemerintahan yang bersih tanpa ketirisan, rasuah serta penyelewengan.
Apabila dikatakan pemberian
pendidikan percuma itu membankrapkan Negara, penurunan harga petrol
RON95 membankrapkan Negara, pemberian Air Percuma membankrapkan
Negara... ini mempamerkan sikap hati yang busuk dari seorang pemimpin
tertinggi Negara terhadap rakyat... Apabila Rakyat dibantu, Negara akan
bankrap... tidak pula bankrap Negara jika anak menteri diberi projek
jutaan dan billion Ringgit serta ratusan juta Ringgit diberi kepada
keluarga Menteri hanya untuk membela lembu.
Ratusan Ahli & Pemimpin Bn Keluar Parti
Belum lagi reda kemusnahan yang
akan melanda BN Sabah dalam waktu terdekat nanti, malam ini akan berlaku
satu lagi kehancoran kepada UmnoBn apabila Ratusan Ahli dan juga
Pemimpin-pemimpin Bn akan mengumumkan keluar parti.
Pengumuman keluar parti anggota
dan pemimpin Bn akan berlaku semasa Program Merdeka Rakyat yang akan
diadakan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada jam 9 malam nanti. Kita
tunggu dan lihat...
Najib Razak sibuk mendendangkan
dan melayani masalah-masalah kecil Parti dari Pakatan Rakyat... dalam
masa yang sama UmnoBn semakin hari semakin hancor apabila terperangkap
dengan strategi Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang...
Ayuh !!! Teruskan permainan ini... Anak-anak muda semakin hari semakin jijik dengan UmnoBn... Reformis Anak Muda
1 comment:
dey...aneee...itu pakatan rakyat...bagi percuma utk pelajaran pada rakyat...mana ada..hutang2..kalu tak da hutang wat pa mau bayar...bodoh kaaa.... itu hutang...PTPTN punyer angkara laaa....itu penyamun UMNO/BN punyer salahsatu projek...laaaa...ayooo...itu pun susah mau faham ka....atau saja tarak mau faham......atau itu salah satu juga projek kerajaan Barisan Nasional......Projek melembukan rakyat.......hampeeehhhh
Post a Comment