PARIT BUNTAR : Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Batu Lima, sebuah pekan
kecil di Parit Buntar telah mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai.
Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu
menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang tempat yang kecil.
“ Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi.
“ Oleh itu rakyat masing-masing ingin mendengar
penerangan khasnya dari PR tentang kebajikan dan peluang yang akan diperolehi
oleh mereka andainya PR dapat mengambil alih Putrajaya “ katanya“ Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi.
Azhari berkata, Ceramah PR yang
disampaikan oleh Ketua
Srikandi Keadilan Siti Aisyah Shaik Ismail dan Ketua
Penerangan Pemuda PAS Perak Akmal
Kamaruddin telah memuaskan hati hadirin yang hadir.
“ Mereka mendengar berkaitan dengan tawaran
yang akan dijanjikan kepada rakyat oleh Kerajaan PR jika dapat memerintah
Malaysia.
“ Perbandingan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya.” Katanya
“ Perbandingan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya.” Katanya
Menurutnya, peluang selama lebih 50 tahun
telah disia-siakan oleh UMNO/BN dan kini telah tiba giliran PR pula untuk
menunjukkan kepada rakyat negara ini kehebatan pentadbiran sebagaimana yang
dapat dilihat di negeri-negeri yang PR perintah dalam masa yang singkat.
“ Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah.
“ Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah.
“ Nampaknya hayat UMNO/BN di negara ini
makin menghampiri penamatnya” katanya
No comments:
Post a Comment