Sunday, June 3, 2012

PRU 13!!!PAS yakin peluang ke Putrajaya cerah

SHAH ALAM - Pas yakin laluan ke Putrajaya makin mudah setelah melihat kejayaan serta peningkatan sokongan rakyat terhadap beberapa program besar yang dianjurkan parti di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kini berada di landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Melihat kepada 'mood' selepas perhimpunan hijau kelmarin, peluang kita  semakin cerah.


Kita percaya dengan strategi yang telah dirancang, Pas berada di landasan betul. “Pas tidak berseorangan menggerakkan misi tu, rakan komponen PR juga sedang bekerja keras. Tidak mustahil kita dapat tawan Putrajaya  ada PRU13,” katanya.


Menurutnya, segala perancangan disusun  berjalan dengan lancar dan kebanyakan isu yang timbul berjaya ditangani dengan baik. “Memang tidak dinafikan ada satu dua perkara mengganggu perjalanan kita untuk menawan Putrajaya dan kita melihat cabaran besar kita berada di Sabah dan Sarawak.


“Bagaimanapun kita mampu tanganinya melalui kerjasama yang baik dengan rakan PR,” katanya.


Semalam, pimpinan Umno pelbagai peringkat menyifatkan Pas menghadapi laluan sukar dalam mencapai misi mereka menawan Putrajaya dan menjadi wadah politik utama untuk umat Islam

6 comments:

Anonymous said...

baguslah macam tu,tetapi nak tanya sikit negeri yang kita tengah perintah pun tak terpulun untuk selasiakan masaalah yang dihadapi,umpama air dan sebagainya.bolehkah kita nak jaga nanti?.saja nak tau,

Anonymous said...

KO PENCACAI UMPORNO TOK SAH DOK MEROYAN KAT SINI

Anonymous said...

Pencacai UMNO boleh belah, konon neutral lah tu. Tapi nampak sangat umnoporno nye tu!!

Anonymous said...

Pencacai-pencacai,kesian.

Anonymous said...

Awat kebanggangnya pencacai umporno tu. Kan selangor dah bagi air free.

Anonymous said...

kpd tukang komen pertama tu..sila dapatkan info segala permasalahan tu terus kpd kerajaan negeri pakatan..jgn dok dengar apa yg ditayangkan kat tv3, tv1 tu...cuba buka minda sikit..cukuplah dah 50 tahun kita ditipu & ditindas..kita nak generasi selepas ni pun rasa benda yg sama spt apa yg kita rasa ke..