Oleh: amkns"Akhbar
The Star 18 Julai 2012 melaporkan seorang Inspektor Polis telah
mengamuk, mencederakan dua orang pekerja hotel dan merosakkan beberapa
buah kenderaan di Seremban 2.
Kedua-dua pekerja hotel tersebut telah
dimasukkan ke hospital kerana kecederaan parah. Kita tunggu komen
Menteri dan Ketua Polis dalam kes ini.
Police inspector runs amok and injures hotel staff
July 18, 2012 SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2.
It
is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime
Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before
running amok hours later.
Sources
revealed that during the incident early yesterday, the officer had
attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use
of the weapon. He then dashed outside and damaged several parked cars.
“Two hotel employees have been admitted to hospital with severe injuries,” said the sources. It
is also learnt that authorities are checking to see how the officer had
got his hands on the weapon which belonged to another policeman.
The officer, who had returned his own gun to the station early this month, was believed to be under the influence of drugs.
************************
“Anggota
polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa
berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku,
termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa
sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.” – Berita Harian
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
KUALA
LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu
pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan
atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor,
jururawat, guru serta bomba.
Lambakan
beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana
menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di
luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil
kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan
apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan
ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering
diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian
pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453
sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai
mengalami stres di tempat kerja. Angka
itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam
organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus),
jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Hasil
kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke
atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat
rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56
peratus dan 51.3 peratus.
Pakar
Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata
stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama,
iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta
masalah individu. Bekerja
tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada
bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh
mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
Malah,
sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan
golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap
kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan
keluarga, katanya.
Akhbar
berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH
SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI
BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH
GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
Malah,
dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata
yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau
sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
No comments:
Post a Comment