GABUNGAN PAS DAN UMNO DI BAGAN DATOH!!!! DAHSYAT!!!
Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh,
Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan
Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid
katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak
buruk sangka ni.
Bagus lah kalau dah ada momentum macam ni. Ini
bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar
yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan
lagi berpaksikan politik dunia semata.
Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS
ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi
ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen
Bagan Datoh)?
"Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua
kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada
YDP PAS tersebut.
Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena
kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri.
Haram katanya.
DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh
daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!
Di atas adalah pembohongan blogger umno
Ulasan Saya :
Ini bukan hadir program anjuran BN, saya hadir khenduri kahwin rumah Hj
Yusuf di Kg Sg. Betul. Bertembung dengan Zahid dan Sharaani, biasalah
bila betembung bertegur sapa, bergurau senda dengan mesra, tak ada perli
memerli, kalau betul saya bertanya tak hadir ke khenduri rumah
Fakrurrazi, itu bukan perli bro, salah ke tanya macam itu.
Saya tak
pernah kata hadir rumah UMNO haram. Ramai orang UMNO jemput saya
khenduri, saya hadir.Tapi kalau tak dijemput, barulah haram saya hadir.
Zahid tak jawab pun macam itu, dia kata Insya allah akan hadir. Dia tak
kata pun, macam yang kamu tulis. Nampak sangat bohong.
Itu yang di belakang pakai songkok hitam tu anak tuan rumah. Tanyalah
dia ini program BN ke khenduri rumah ayah dia. Dia pun kuat UMNO,
ayahnya sokong PAS, saya hadir khenduri bukan kerana jemputan PAS atau
UMNO, tapi kerana dapat jemputan. Insya Allah, kalau saya tidak
berkeuzuran dan tidak ada aral lain yang melintang, khenduri siapa pun
saya pergi,
Dua hari lepas saya khenduri di rumah orang UMNO dekat Sungai Tiang
Tengah, berjumpa juga dengan Shaarani, biasalah bersalam-salaman dan
bertegur sapa. Sebelum ini saya pernah hadir khenduri di Tebuk Che Agus,
tuan rumah ajak saya makan sekali satu hidang bersama dengan pengantin
dan juga Shaarni dan beberapa orang UMNO, tak ada hal pun, sembang macam
biasa. Saya juga bertanya bertanding lagi ke datuk, dia pun jawab tak
tahulah.
Buatlah cerita betul sikit ye. Jangan tipu pembaca yang lain.Misbahul Munir Masduki
3 comments:
bira lah kat diorang.. seronok mereka-reka cerita. Mungkin sekadar nak [popularkan blog kot. hahaa!
kesian blogger macam ni.
DS Zahid memang berhati rakyat
awat dia ni maharaja ka?
blogger jb ni apa ha..jb ni singkatan utk jamban ke...
Post a Comment