Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!
Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan
kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri
sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.
ADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.
"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.
"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.
ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.

No comments:
Post a Comment