SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk
Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis
Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain 'tarik tali' dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.
Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.
“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.
Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri.SH

7 comments:
UMNO lah yang terkenal dengan politik wang.....
bijak sungguh si puad ni buat andaian....
Dia sebenarnya menceritakan kisah dan perangai puak2 dia sendiri yg sesat lagi menyesatkan ummah... kalau dah banggang tu banggang jugaklah... walaupun pakiek (pakai) baju kot..
Aku setuju dgn otaklunyai,Fuad ni bercakap tentang cara UMNgOk menarik wakil rakyat PR.Politik wang ada lh amalan UMNgOk
Dah tak ada cerita lain ...buat andaian lah...kan UMNOOOOO pandai buat pelbagai ceritera. Yang mereka bayaq kat ADUN ADUN Perak tu tak nampak...3 billion man konon! bagus jugak kalau ada 3 billion...boleh "beli" MP MP BN dah jatuhkan BN! BN ambil lagiiiiiiiiii banyak kan?kan?
Adus bodohnya statement. Lebih baik diam dr keluarkan kebodohan dr mulut
kalau dah biasa main duit, mentalitinya duit juga. ini cara umno menarik orang2 yang lompat dulu. kalau betul berani cubalah beli dengan harga RM1 bilion. tarif harga kena naikkan barulah hebat!
Post a Comment