Muhyiddin
Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini
membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga
mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin
berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya.
Bosnya,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa
yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain - bahawa keputusan
untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid
Bumburing "telah dijangka" dan "tiada siapa yang lebih penting daripada
parti".
"Muhyiddin
tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan
tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa
yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli
lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan
apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk
platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan
perubahan, "naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding
berkata kepada Malaysia Chronicle.
Pakatan
Rakyat - dimana PKR adalah salah satu ahlinya - telah berunding dengan
Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan
raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif
mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah
supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan
mereka yang masih kedaifan.
"Saya
mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik
yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik
di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak
bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat
rakyat," kata Tian.
Anwar yang menjadi penghubung
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam
Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa
kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar
yang 'malu' terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web
pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan
siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan.
Wilfrid,
Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan "reformasi" pada 1
tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat
pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya.
Bakal
dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan
berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya
ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan
negeri melebihi kepentingan peribadi mereka.
Sementara
itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada
pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari
Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar.
Anwar
yang berusia 64 tahun sering dipanggil "gam" yang melekatkan
parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk
menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan
yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008.
Ia
telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini,
memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di
negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga
kerusi di Parlimen.
Ia
juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk
merasakan sistem politik 'dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya
merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin
bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang "dua pertiga"
monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam
politik.
Anwar
yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang
dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas
itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim
yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad.
Populariti Umno semakin menyusut
Dalam
kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno.
Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke
atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu,
dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman.
Penurunan
sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang
menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam
penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini.
Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu.
Kini,
dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk
melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah
mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri
perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah
ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti.
Tidak
lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah
ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti
yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri
yang diberikan.
"Saya
tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun
tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang
diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat
antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan
kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun
begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat
mengatasi cabaran ini," Bernama melaporkan kenyataan Najib.
Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi?
Semua
sedang menanti sama ada Najib akan ‘flip-flop’ pada petunjuknya bahawa
pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan
banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang
tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila
khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup
kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli
Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena.
Selain
daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahrgin-top: 10px; outline: 0px none; padding: 0px; text-align: justify; word-spacing: -1px;">
"Kami
sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia
memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan
rdiv style="background-color: white; border-bottom-style: none; border-width: 0px 0px medium; margin-bottom: 10px; margin-top: 10px; outline: 0px none; padding: 0px; text-align: justify; word-spacing: -1px;">
Rasuah,
perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi
amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada
rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak
cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan "jahat" ini.
Pencabar
Najib berkata sekarang "sudah terlambat" dan sekarang tiada siapa yang
peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September
atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN
semakin pasti .
"Kami
sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia
memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan
rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal
bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin
akan diumumkan dalam Bajet 2013," kata Tian.
"Saya
yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang
demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar
terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua
orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan
bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin
Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang
betul."
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment