KUALA LUMPUR 16 Julai: Seorang samseng upahan Umno yang ditangkap ketika
mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Pekan Kuah Langkawi mengaku kumpulannya diberi upah RM50 seorang hanya
untuk membuat kacau, kata saksi, Angah Habib.
“Mereka sebenarnya adalah kumpulan mat rempit, yang membuat provokasi
sejak ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Langkawi dan ikut sampai Masjid
Pekan Kuah,” kata Angah yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Kedah.
Beliau yang bertugas semasa tangkapan pada Ceramah Merdeka Rakyat di
situ Rabu lalu berkata, hampir 30 buah kereta dicalarkan oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.
“Mereka ganggu pula ceramah di sebelah malam, calar kereta sambil buat bising terutama ketika Anwar sedang berucap,” jelasnya.
Menurut Angah, selain SAMM, turut serta dalam operasi itu adalah KEADILAN Kedah dan Unit Amal.
Pemuda berusia awal 20 an itu berjaya dicekup sebelum dibawa ke Balai Polis Kuah.
Dianggarkan, lebih kurang 5,000 penyokong hadir dalam ceramah tersebut
yang turut mengecam tindakan provokasi samseng upahan itu.
No comments:
Post a Comment