KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata,
persepsi Umno terhadap pembangkang selama ini terbukti tidak berasas
apabila Himpunan Oren Selamatkan Felda, anjuran Gerakan Selamatkan Felda
(GSF), yang disertai hampir 4,000 orang petang semalam, berlangsung
dengan aman.
Menurut Mazlan, kejayaan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kekecohan menjadi bukti yang pembangkang mampu mengadakan
perhimpunan aman jika tidak ada unsur-unsur provokasi.
"Ini membuktikan yang persepsi negatif Umno terhadap pembangkang selama ini tidak berasas.
"Tidak ada sebarang kekecohan, huru-hara yang berlaku petang tadi.
"Malah, pihak polis turut memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang
perhimpunan diadakan," kata beliau ketika berceramah pada majlis Siri
Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di Kelab
Sultan Sulaiman di sini, malam tadi.
Tambah beliau, pihak Istana Negara turut memberi kerjasama yang baik semasa sesi penyerahan memorandum diadakan.
"Saya berasa berbesar hati, malahan Yang di-Pertuan Agong kita turut
menyampaikan salam kepada semua peserta yang menyertai perhimpunan oren
petang tadi," ujar beliau.
Memorandum diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara.
Beliau turut berkata, persepsi media arus perdana yang memberi gambaran
perhimpunan yang disertai hanya 1,000 orang tidak menjejaskan semangat
pihaknya.
"Kita sekarang berada dalam dunia tanpa sempadan. Rakyat boleh menilai
sendiri dalam media baru, menggunakan Twitter atau Facebook.
"Biarlah rakyat menilai sendiri. Rakyat kini semakin bijak untuk
menilai sendiri. Jadi terpulang lah kepada rakyat untuk menilai,"
katanya.
GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam
Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak
Peneroka Felda Malaysia (Bangkit), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
(Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman
Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis
Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra
Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia
(Kerabat).SH
|
Masjid Wilayah Jalan Duta |
|
Selesai solat |
|
Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop |
|
Perarakan bermula |
|
Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai |
|
Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar |
|
Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman |
|
Berarak menuju ke Istana Negara |
|
Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad |
|
Pemimpin dibarisan hadapan |
|
Ceria biarpun dibawah terik mentari |
|
Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara |
|
Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai |
|
Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama |
|
CheguBard juga tidak mahu ketinggalan |
|
Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren |
|
Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu? |
Gambar : Ajijoi
2 comments:
assalam admin!ana pernah terbaca lam blog mana ana x ingat, kan dulu masa almarhum ayahanda yang dipertuan agong sekarang pernah nak mengharamkan umno masuk kenegeri kedah.kalau x ana kan sohaimi meor hassan kan penyanyi,ana rasa lepaih nie x leh kena gam la x leh nyanyi kt tb lg pasai sertai oren. hehehe!
Mane isma? Hehe. Nak tggu hassan ali dijemput baru nak join?
Post a Comment