Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden
Umno... merangkap Timbalan Pegerusi Barisan Nasional (BN) serta Timbalan
Pengerusi Demokrasi Terbaik Wassatiyah... mahukan anggota Umno/Bn
Gelang
Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen
Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13)... bukan setakat
habi-habisan beb tapi mahu ianya dilipat kepada 10 kali ganda dan kalau
boleh 24 jam tanpa henti... kah kah kah !.
Kemungkinan
Bn kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Gelang
Patah mungkin sudah beliau rasakan... memandangkan kerusi Parlimen P162
tersebut
yang kini disandang oleh BN/MCA hanya dimenangi dengan majoriti 8851... dan dua Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N48
Dun Skudai dan N49 Nusa Jaya... Kerusi Dun Nusajaya disandang oleh Abdul
Aziz, manakala
kerusi Dun Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
Kawasan Pilihan Raya | Bilangan pemilih | Bilangan Pengundi | Peratusan Mengundi | Undi Yang Ditolak | Majoriti | Parti Yang Menang |
N48 Skudai 44,459 34,029 76.54% 590 12,854 DAP
N49 Nusa Jaya 34,217 26,699 78.03% 750 7,384 BN
Menurut beliau "Kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan
pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya... Saya meminta setiap anggota Umno Bahagian Gelang Patah dan anggota
komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak
ada masa untuk istirehat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk
memastikan kemenangan BN".
"Nusajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri
Johor merupakan antara kawasan yang paling maju di Malaysia dengan
pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan.
Selain menempatkan Universiti Teknologi Malaysia, katanya Parlimen
Gelang Patah turut memiliki beberapa institusi pengajian tinggi swasta
bertaraf dunia seperti Newcastle Medicine University Malaysia,
Marlborough College dan taman tema Legoland yang pertama di Asia".
"Umno di Bahagian Gelang Patah perlu menyokong sesiapa
sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dun di Gelang Patah... sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri kita perlu
memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bekerja keras... kemenangan dia calon itu juga adalah kemenangan kita".
"Anggota MCA di Gelang Patah juga perlu melipatgandakan usaha
mereka dan bekerja 10 kali ganda lebih kuat dalam memastikan
kemenangan parti pemerintah di kawasan itu... kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah
turut menyumbang kepada usaha BN untuk mempertahankan tampuk
kekuasaannya di peringkat Pusat pada PRU-13".
Ini lah yang dikatakan Bila Terantuk Baru Nak Ternadah (Tersedar) namun
bagi Umno bukan nya bila Terantuk baru Ternadah ataupun Tersedar...
tetapi bila dah rasa Umno hampir mampos baru nak sedar... itu pun bukan
atas dasar kesedaran dan keinsafan untuk rakyat tapi demi menyelamatkan
kerjaya Politik yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan... kah kah kah !. [sumber klik sini]
hemmmmm..... kalau lah umno/bn negeri johor yang dikatakan kuat didalam malaysia pun semakin kelam kabut dan terpaksa diarah bekerja 24 jam sehari serta melipatkan usha 10 kali ganda... tak kan lu oarang tak dapat bayangkan beb bagaimana keadaan tenatnya umno/bn di negeri-negeri lain... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee... A B U.Mat Indera Siperjuang
hemmmmm..... kalau lah umno/bn negeri johor yang dikatakan kuat didalam malaysia pun semakin kelam kabut dan terpaksa diarah bekerja 24 jam sehari serta melipatkan usha 10 kali ganda... tak kan lu oarang tak dapat bayangkan beb bagaimana keadaan tenatnya umno/bn di negeri-negeri lain... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee... A B U.Mat Indera Siperjuang
2 comments:
Orang johor bukan macam dulu, ramai yang suda sedar akan segala penyelewengan umno tadbir negara..kalau beri umno peluang tadbir johor dan negara akan terlepaslah pulau pisang yang sekarang dijaga oleh singapura..
Kerja 24 jam sehari? Alamat melecet la celah kangkang orang umno nanti.....
Post a Comment