Ini adalah banner yang telah digantung oleh pihak Perkasa Pulau Pinang dihadapan kolpleks MPPP Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Dari apa yang tertulis memang jelas bahawa pihak yang mengantungnya
terdiri dari orang-orang yang bodoh kerana ejaan 'racist' ditulis dengan
'resis'..
Utusan Malaysia melaporkan kononnya sekumpulan penduduk bersama NGO telah membantah kehadiran Guan Eng ke kawasan mereka..
BALIK PULAU 30 Jun - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.
Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu.
Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa - Utusan
Hakikatnya program santai bersama rakyat ini telah diganggu oleh PERKASA Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor (kalau tak silap).
Mohd Ridzuad Azuddin, Ketua Perkasa Pulau Pinang suatu masa dulu pernah disergah oleh Jingga 13 ketika mahu mengadakan demo di Komtar, bagaimanapun akibat dari sergahan tersebut membatakan hasratnya mahu mengadakan demo itu.
Video sila lihat di ( SINI )
Sumber dalaman UMNO yang tidak boleh menerima tindakan provokasi oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang mendedahkan bahawa Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO samada dari Bahagian Bukit Gelugor ataupun Bayan Baru..
Menurut sumber antara dua Bahagian UMNO itu beliau kurang pasti tetapi beliau pasti Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO.
Provokasi yang dijalankan oleh Mohd Ridzuad terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah atas arahan beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kekecewaan mereka adalah kerana Kerajaan Negeri yang sedia ada tidak meneruskan dasar yang diguna pakai oleh UMNO semasa diperkuda oleh Gerakan sewaktu memerintah Pulau Pinang dulu..
Dimana dasar mereka adalah memberikan projek kepada kroni tanpa melalui tender terbuka.
Dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah menyebabkan banyak Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO gagal dalam persaingan sebt harga.. kerana mereka telah biasa dengan memberikan sebt harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Oleh itu mereka tersingkir dalam kebanyakkan tender terbuka bagi setiap projek Kerajaan Negeri.ASD
1 comment:
kalau tak silap pandang macam spesies dari kerala jerr
Post a Comment