KLANG 19 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul
Wahid atau lebih dikenali sebagai “Raja Komando” mendakwa aktivis
Umno-BN Ummi Hafilda Ali menuduhnya sebagai menerima ganjaran daripada
kerajaan Selangor.
Raja Kamaruddin berkata beliau akan juga memfailkan saman terhadap portal Umno Online dalam tempoh terdekat ini.
Katanya, Ummi Hafilda mendakwa beliau dilantik pengerusi syarikat
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) selepas menjadi saksi dalam kes Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Katanya, beliau tidak pernah ‘menadah tangan’ untuk meminta apa-apa projek pengurusan pasir di Selangor.
“Saya ikut saluran yang betul. Dia (Ummi) kata saya dapat imbuhan
dari Pakatan Rakyat. Dia tuduh saya kata saya dilantik sebagai KSSB
sebagai satu ‘ganjaran’ untuk menguruskan semua projek pasir di
Selangor.
“Tunggu satu atau dua hari lagi, saya akan saman Ummi dan Umno
Online. Kita tengok dia berani atau tidak. Ini janji seorang reformasi,”
katanya ketika berucap di ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun,
semalam.
Ummi sebelum ini mendakwa jawatan Raja Kamaruddin sebagai Pengerusi
KSSB adalah ‘ganjaran’ selepas menjadi saksi kes Anwar pada tahun 1998.Selangorku
3 comments:
Saman jer la. Tak payah nak umum2kan. Dah masuk saman tentulah akhbar pick up cerita ni.
saman jangan tak saman
Nk saman kasi kow2,juta2...ok?
Post a Comment