Wednesday, July 4, 2012

PARAH!!!Pelabuhan Tanjong City Marina P.Pinang ( hakmilik Kerajaan Pusat) akan tutup?

Pelabuhan Tanjong City Marina ini sunyi dari kunjungan kapal layar.

BELUMPUN reda kritikan rakyat terhadap hasrat kerajaan Barisan Nasional pusat mahu menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang, timbul pula desas-desus Pelabuhan Tanjung City Marina dekat George Town mahu ditutup.


Khabar ingin itu timbul semasa pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP negeri sedang giat menyelamatkan Pelabuhan Pulau Pinang dari terus diswastakan oleh Barisan Nasional yang nyata bakal menghapuskan kepentingan rakyat di pelabuhan interport global itu.


Sumber dalaman yang diteroka memberitahu, isu Pelabuhan Tanjong City Marina itu bakal ditutup telah menjadi 'rahsia umum' dalam kalangan pekerja berwajib.

Isu ini masih belum menerima reaksi Pengerusi PP, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi

Bahagian Umno Balik Pulau. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri pun dilihat berdiam diri dalam isu ini.

Difahamkan, banyak cabaran mendesak penutupan pelabuhan indah di bawah seliaan kerajaan pusat berkenaan.


Selain masalah kurang promosi dan tiada pengurusan yang profesional di pelabuhan berkenaan, sumber memberitahu, kos pengelenggaraan pelabuhan tersebut sangat tinggi sehingga tidak tertanggung oleh pihak pengurus berwajib.


Selain itu, kerajaan pusat didedah enggan menggorek kawasan perairan yang cetek tersebut atas alasan menelan belanja lebih RM15 juta. Perairan yang cetek itu mengakibatkan jeti serba cantik lagi moden itu kurang menerima kunjungan kapal layar
.

Perkembangan terbaru ini dijangka bakal menggandakan lagi sokongan rakyat terhadap usaha mengembalikan semula Pelabuhan Pulau Pinang sebagai 'status pelabuhan bebas' seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -NK

No comments: