Saturday, July 7, 2012

TERKINI!!! Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri sertai Majlis PAS

Saya cukup terharu sebagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak apabila bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengishtiharkan dirinya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Saya sendiri bersalaman dengannya dan mengucapkan Tahniah kepadanya.Alhamdulillah, beliau masih mengingati saya lagi....

Tidak sia-sia saya mengharapkan agar dia mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti. Allah telah makbulkan juga kini!

Saya sempat ambil no talifonnya....ha! ha! siaplah tu...saya nak panggil dia berceramah kat Sungai Rokam sedikit masa lagi sebelum menjelang Ramadhan! Kawan-kawan akan bantu menjayakannya nanti insya'Allah!


“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?” Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu akbar oleh hadirin yang memenuhi dewan majlis High Tea di Hill City Ipoh sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS.


Khusyuk bebenor sahabat kita dengo cerita Abdullah weh!


Antara ikon ahli baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak, bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar, Bekas Ketua Jamaah Nazir KPM , Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin, pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid.
Mereka kesemuanya menceritakan perihal sebab masing-masing meyertai PAS.Masing-masing mengaku menyertai PAS secara sukarela dan kehendak diri sendiri tanpa diajak oleh mana-mana pimpinan PAS yang ada.
Kembali kepada Abdullah Antong, dia menceritakan betapa ketika itu ditahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry.

Dia kata terlalu ramai yang mengutuknya.Ha! Ha! Ha! Dia sebut juga blog al-husseyn – antara blog yang mengutuk tindakannya pada waktu itu.

Dia boleh ingat heading entri al-husseyn itu!- Dia sebut, "Abdullah Antong, bertaubatlah kamu ....." dan alhamdulillah; Abdullah Antong kini sudah bertaubat dan Allah letakan beliau diatas landasan perjalanan yang benar.


Mudah-mudahan Abdullah merupakan peribadi Muslim sejati sebagaimana Allah sifatkan dalam surah al-Hujraat, ayat 105 yang bermaksud :


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Antara yang pernah saya tulis dulu mengenai Abdullah ialah :


Amatlah malang bagi Abdullah Antong kerana orang Hindu mampu melaksanakan seruan jihad yang Allah rakamkan dalam al-Quran.Mudah-mudahan Abdullah akan bertaubat dan Sivakumar mendapat taufiq dan hidayah Allah suatu hari nanti.
Kepada Abdullah Antong, saya teringat kata-kata Tok Alim : Ajjilu bi-salati qablal faut; ajjilu bi-taubati qablat maut - Bersegeralah solat sebelum masanya luput, bersegeralah taubat sebelum (tibanya)ajal maut! Baca di sini
Alhamdulillah, Abdullah telah pun menyatakan dihadapan hadirin tadi bahawa beliau telah pun bertaubat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilhamd!AlHusseyn

No comments: