Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.
- Bernama
Politik dalam Umno-APCO memang sangat pelik, teramat pelik seperti mana
yang kita tahu kununnya parti Islam 'terbesar di dunia' itu bersekongkol
dengan Parti Komunis China!
Namun ia tidaklah pula dianggap pelik kerana dalam Umno-APCO, matlamat menghalalkan cara walaupun tindakan yang dilakukan bertentangan dengan prinsip parti serta perjuangannya.
Setelah khabar dari kediaman Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin meletak jawatan semua kedudukannya dalam Umno-APCO dan kerajaan, rupanya Ketua Pemuda Umno-APCO yang terlebih 'emosional'!
Khairy Jamaluddin yang juga ahli parlimen Rembau dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa:
@KhairyKj Wajar lepaskan jua. Beliau Tim Menteri sbb MT UMNO. “@LubySyaffiq: Timbalan Menteri tak step down pulak? Lepaskanlah semua.”
Inilah komen paling 'bijak' yang pernah dibuat Khairy hingga menampakkan kegelojohannya untuk menjawat jawatan dalam kerajaan walaupun umum mengetahui timbalannya, Razali Ibrahim selesa dengan Najib hingga dapat jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan!
Lajim dalam kenyataannya petang tadi selepas mengumumkan perletakan jawatannya dalam parti dan kerajaan menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri untuk memutuskan sama ada beliau digugurkan jawatan dalam kerajaan atau sebaliknya.
Sepatutnya Khairy dilihat tidak mendahului keputusan Najib jika mahu imejnya sebagai seorang menantu bekas perdana menteri tidak tercalar.
Hak perlantikan dan pengguguran jawatan menteri dan timbalan menteri adalah keputusan preorgatif Najib dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mendahului keputusannya.
Paling kelakar, komen Khairy pantas ditempelak beberapa pengikutnya yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat hingga satu mesej balas menyatakan:
@Zaki_Yamani_ @Khairykj sabar la. tunggu PM buat keputusan. Takkan Rembau kemaruk nak jadi Timbalan Menteri
Ternyata imej hodoh Pemuda Umno-APCO dalam mengejar jawatan payah dikikis selagi perebutan dalam Umno-APCO terus berkuasa. JALAN PULANG

No comments:
Post a Comment