(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.) |
KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.
Kata
pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh
pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos
lalu. Lihat Video Disini
(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012) |
Rentetan
disebalik kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan
itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan
pihak berkuasa.
Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah
ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan
cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.
Menurut
tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku
pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan
membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan
kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.
Menurut
tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani
surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan
sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian
besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau
rizab jalan.
Tetapi
apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat
tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk
menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan
tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan
jalanraya itu.
Menurutnya
lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca
isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama
ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan
pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan
bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja)
dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan
oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar
majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa
itu masih ada dalam simpanan keluarganya.
Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen
Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.
Selepas
tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan
dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak
dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil
rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada
waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan
mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu
pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal
pada ketika itu.
Perundingan
itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status
tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih
lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu,
tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil
untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang
hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan
pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas
kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris
yang berhak.
Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil
Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris
tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya
kali pertama pada 13 Ogos lalu.
Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.
Setelah
tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak
yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan
melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan
perjanjian asal diatas tanah ini.
Pada
hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah
kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat
didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak
menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya
sendiri.
Nantikan
pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara
kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi
ini.
Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.
Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.
Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.
Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.
Lenggongkite
No comments:
Post a Comment