Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.
Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.
Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.
Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.
Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.
"Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya.
Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.
Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.
-Bernama
7 comments:
kalau kita jumpa khalifah karpal, hendaklah kita cium tangannya dan kucup dahinya. lebih baik kalau kita peluk sekali. ini adalah untuk mengambil keberkatan. bukan calang-calang pemimpin yang berjaya mentarbiah tok guru dan ustaz hadi menolak hudud dan negara Islam.
aku harap pas dapat membuat pertimbangan melantik khalifah karpal sebagai timbalan mursyidul am. Ustaz harun din lebih kepada pendekatan membantah arahan pas dan tok guru, seperti semasa tok guru membenarkan orang kafir menggunakan kalimah 'Allah' bagi menggantikan nama 'Tuhan Bapa'.
kalau tak nak lantik khalifah karpal sebagai timb mursyidul am, kita boleh lantik dia sebagai ketua lajnah tarbiyyah dan perkaderan. kita gulingkan je ustaz idris ahmad tu. nanti boleh khalifah karpal berkongsi pengalaman bagaimana dia berjaya mentarbiyyah tok guru dan ust hadi.
apa kata kalau kita pecat ustaz harun taib sebab dia mengeluarkan kenyataan menyokong ust nasha. aku memang tak suka kalau orang mempertikaikan arahan khalifah karpal ni.
bersemangat pencacai taik upahan umporno buat fitnah. tak cukup dengan fitnah utusan. memang betui la tok dte cakap macam setan
salam. kah kah kah anon kat atas tu orang umno sampai nak ajar cium tangan karpal.
Kalau benar UMNO sayang Islam,tutup kedai judi,ada berani
Post a Comment