Tuesday, August 28, 2012
KEMENANGAN MORAL ANWAR!!! Industri Automotif Malaysia sokong cadangan PKR turunkan harga kereta
Industri automotif Malaysia menyokong cadangan PKR untuk menurunkan harga kereta dengan merendahkan duti eksais, memberi kemenangan moral terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (gambar, tengah) berkenaan dengan isu itu, kata pengarah komunikasi parti Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia berkata hari ini cadangan menurunkan harga kereta oleh Anwar secara perlahan-lahan dalam lima tahun untuk mengelakkan harga kereta dan kereta terpakai jatuh mendadak.
"Beliau (Anwar) berkata kerajaan persekutuan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) mula-mula akan berbincang dengan pihak konsultasi berkenaan dengan pemilik saham termasuk pihak kewangan, pihak industri dan penjualan berkenaan duti eksais yang diturunkan dalam belanjawan nasional," kata Nik Nazmi.
Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa pemain industri automotif Malaysia telah memberikan sokongan agar harga kereta lebih rendah dengan menurunkan duti eksais, telah menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk menurunkan harga kenderaan di salah sebuah pasaran kereta terbesar Asia Tenggara.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyokong kenyataan Pakatan Rakyat bahawa rakyat Malaysia terseksa untuk membayar harga kereta antara yang termahal di dunia dan terdapat keperluan menurunkan duti eksais yang kini antara 65 ke 105 peratus.
Presidennya, Aishah Ahmad berkata, harga lebih rendah melalui cukai yang lebih rendah akan dialu-alukan.
“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri yang mengetuai persatuan utama mewakili industri kenderaan di negara ini.
Aishah bagaimanapun menambah bahawa dia tidak berfikir harga patut dikurangkan pada “satu pukulan” kerana ia boleh menyebabkan pembelian kereta terhenti kerana orang ramai menunggu harga jatuh.
Rakyat Malaysia kini dikenakan cukai di antara 65 dan 105 peratus dalam duti eksais bergantung kepada kapasiti enjin kereta yang mereka beli, membentuk aliran hasil lumayan bagi kerajaan.
Ini bermakna bahawa jika pengguna membeli kereta berharga RM100,000, sebanyak RM55,000 mengalir masuk kepada kantung kewangan kerajaan sebagai duti eksais.
Ini adalah di atas cukai jualan sebanyak 10 peratus yang mereka perlu bayar. Mereka yang membeli kereta import juga perlu membayar permit import (Approved Permit - AP) diluluskan yang ironinya diberikan secara percuma kepada kumpulan ahli perniagaan terpilih.
Cukai yang lebih tinggi juga datang selepas Malaysia mula memasuki perindustrian pada 1980-an dengan pembuat kereta nasional, Proton, kini tidak lagi dimiliki oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai banyak pilihan tetapi terpaksa membeli kereta untuk bergerak kerana merasakan tidak boleh bergantung kepada sistem pengangkutan awam dan kereta harga yang tinggi telah menyebabkan hutang isi rumah lebih daripada 75 peratus daripada KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.
Kira-kira 20 peratus daripada jumlah hutang RM581 bilion isi rumah dalam negara tahun lepas adalah daripada kereta, aset yang menurun nilainya secara ketara dari masa ke masa.
Ramai rakyat Malaysia juga mengambil sembilan tahun pinjaman dalam usaha untuk membeli sebuah kereta, tempoh panjang yang tidak pernah didengari di mana tempoh pembayaran ansuran kereta antara 2-5 tahun adalah normal di negara lain termasuk Singapura.
Duti eksais yang tinggi dilihat oleh ramai ahli ekonomi sebagai salah satu gangguan utama dalam ekonomi dan mereka mengatakan penurunan harga boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah.
Pentadbiran Najib kini dalam dilema sama ada terus mengekalkan dasar sedia ada ataupun terpaksa tunduk dengan tekanan terbaru musuh politiknya yang kini mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment