Saturday, August 4, 2012

INIKAH SEBAB NAJIB TERPAKSA KE SABAH!!!Senarai 3 Ahli Parlimen , 6 Adun BN yang dijangka keluar BN ?

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268711_253784618071793_1213963715_n.jpg
PANAS!! Lagi 'orang besar' Umno/BN akan sertai PR di Borneo??!!

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.


Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

Sumber: Ismaily Bungsu B (Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah 20 tahun, dan mantan Penasihat Berkenaan kebudayaan Malaysia dan Teater Kebangsaan)



Tunggu Saja Bila Sampai Masanya!

PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkag, Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.


"Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila beberapa lagi pemimpin BN akan tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini.


Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen.


Bagaimanapun, Tian Chua enggan mendedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya.


Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti masing-masing.


JALAN PULANG

No comments: