Friday, August 10, 2012

MALAM INI!!! Anak bekas TPM bakal sertai PAS


Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba dijangka akan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) malam ini di Taman Melewar, Gombak, Selangor.

Sekaligus secara automatik keahliannya bersama Umno-APCO terbatal secara automatik kerana mengikut perlembagaan Umno-APCO, keahlian seseorang ahli akan terbatal sekiranya menyertai parti lawan, berbeza dengan tindakan Lajim Ukin yang diberi surat tunjuk sebab 14 hari kerana keluar Umno-APCO tetapi tidak menyertai parti lawan sebaliknya menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang mesra-Pakatan Rakyat.


Memetik sumber, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas solat Tarawih malam ini.


Kemasukan Tamrin yang sudah berada di pentas ceramah PAS sejak beberapa bulan lalu pasti akan menyebabkan Umno-APCO semakin hilang kepercayaan daripada ahlinya sendiri kerana Tamrin lantang mengkritik dasar-dasar Umno-APCO yang sanggup memberi kerakyatan kepada pendatang asing supaya mengundi parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.


Sambil berseloroh, semalam, Tamrin berkata beliau menyertai PAS setelah mendapat ilham yang akhirnya diterjemahkannya malam ini.


Beliau yang kini masih lagi ahli Umno-APCO berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.


"Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.


Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.


Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno-APCO dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini.


"Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.


"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.


Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.


Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Ghafar kepada anak-anak.


Beliau berkata, almarhum ayahandanya banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.


"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali.


"Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya.

No comments: