Sunday, August 26, 2012
MENANG PRU 13!!! Anwar Ibrahim tidak akan tinggal di Seri Perdana?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan, dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya.
Berucap di hadapan lebih 12,000 pengunjung rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Gantang, Taiping, Perak, beliau menegaskan perkara itu bukanlah keutamaan baginya walaupun kediaman rasmi tersebut sudah mula diduduki sejak perdana menteri keempat, Mahathir Mohamad pada 1999.
Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan di manakah beliau dan ahli keluarganya akan menginap selepas mengumumkan perkara tersebut yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang gembira dengan keputusannya.
Kompleks Seri Perdana yang yang terletak di Presint 10 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu menelan kos RM24.17 juta untuk dibina berasaskan ciri-ciri Islamik dan Timur Tengah mula didiami Mahathir dan keluarganya sehingga perdana menteri Najib Altantuya mula memasukinya pada awal April 2009.
Kini ia disewa dan diselenggarakan oleh Perbadanan Putrajaya, sebuah anak syarikat milik syarikat konglomerat kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mendedahkan kos sebenar pembinaan tersebut dalam sidang Parlimen pada 21 November 2005 menjelaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang membazir kerana kediaman rasmi untuk perdana menteri di Jalan Damansara yang dikosongkan sudah usang dan memerlukan pembaikan yang menelan kos lebih besar.
Keutamaan buat Anwar dan pasukannya yang akan mengemudi Putrajaya adalah meringankan beban rakyat di samping memajukan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat rasuah dan pembaziran yang dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.
Dasar-dasar Pakatan Rakyat seperti yang dipersetujui dalam Buku Jingga yang menggariskan isu kemiskinan dan mendepani cabaran masa depan selain memastikan tahap daya saing rakyat dan negara adalah antara penekanan khusus yang akan dilakukan Anwar dan barisan kabinetnya yang akan dilantik sebaik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelak.
Perkara pertama adalah menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen daripada harga semasa iaitu RM1.90 bagi petrol RON95 buat permulaan dan akan diselaraskan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kedudukan ekonomi semasa kerajaan.
Anwar turut menempelak bekas perdana menteri Mahathir yang meminta supaya rakyat menyokong BN walaupun ia adalah syaitan yang nyata, sedangkan dalam agama Islam kata Anwar, ajaran agama menyatakan supaya hanya menyembah Tuhan dan tidak membenarkan penganutnya supaya menyembah syaitan.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Muhamad Nur Manuty, ahli majlis MPN Mustaffa Kamil Ayyub dan pimpinan Pakatan Rakyat dari seluruh Perak.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
''dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya''.
betoi ka ni? pejabat pm kat putarjaya, bukan nak berulang alik sampai teruk2 hari2...cerdik la sikit
BETUI LA BUKAN MACAM PEMIMPIN UMNO. TGNA , UST AZIZAN BOLEH.
Layak ke DS Anuwar ni jadi PM...kes liwatnya sahaja bukan sekali, penyokong LGBT pulak tuu...satu lagi berfahaman pluralisma dalam agama dan tolak hudud ....PAS pulak sokong orang macam ni, macam takda prinsip perjuangan!
Jadi dalam PRU akan datang segenap rakyat akan menolak PR dari menjejaki Putrajaya....Insyaallah.
Tungkaran hati pn penyokong TEGAR parti syaitan(dr.mahathir yg ckp)? Kesian hehehehe...dh la sokong parti syaitan,pastu berjaya dperbodohkn oleh urusan,berita...nik aziz,Ust azizan n dulu Ust hadi pn x dok kediaman rasmi,apa yg nk dherankn sb dorang ni mmg ikhlas n x peduli sgt pasal kemewahan,kesenangan,ok la 2 dr pemimpin parti syaitankn,kn,kn,kn,kn......
Ak akn ttp sokong PKR! Ak xkn pilih Bend wlupun bg 250 kmarin tu mmg hak ak sbg rakyat..ak dah 10 tahun byr ckai...bkk lh mata semua klu pembangkang xde kerajaan akn terus bt x taktau psl rakyat..aku ykin dgn Anwar..dia disepak terajang tp x pnh mngalah..xpnh nk uturn ke bend..bangkit lah saudaraku..50 thun b end memrinth..fikir dgn iman
Post a Comment