Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim bersama Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bakal calon Dun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Rombongan PAS Parit Buntar turut disertai isteri ketiga-tiga pemimpin
PAS berkenaan, Ajk PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Unit
Amal dan Nisa
Pengerusi Ehya Ramadan Ahmad Azhar Sharin berkata, kedatangan
rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak,
lelaki dan wanita.
"program
ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan
Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda
prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.
"Sumbangan
diagih-agihkan kepada lebih 60 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya
Menurut Ahmad Azhar , rombongan PAS Kawasan telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah
sedia menunggu.
"Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit.
"Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit.
" Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
Ahmad Azhar mengucapkan
terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan
kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.
Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari bersama isteri.
Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari bersama isteri.
No comments:
Post a Comment