SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di
bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di
depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.
Beliau sedang menjalani
pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin
kepada Sinar Harian Online.
"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah,
sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.
"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak
lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.
Motif Norizan, awal
40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui."Saya tidak
tahu mengapa Datuk diserang.
Tetapi barang-barang tak hilang, jadi
hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke
rumah mereka di Taman Dagang dari hospital.
"Saya sedang balik ke rumah,
polis hendak jalankan siasatan," katanya. ~sinar
1 comment:
AL-FATIHAH BUAT AYAHNDA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG KL ///
Post a Comment