Mahathir cuba menakutkan orang Melayu lagi...
KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya
asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,
kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri
sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi
membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar
tahun 1998.
“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada
Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum
pada Julai 1998.
“Maka tindakan Mahathir mengait nama
Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang
Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak
Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti
melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat
Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan
lain-lain pada 2006.
Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya
asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana
Anwar sehingga kini bukan PM.
“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut
berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang
dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,”
katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat terutama Melayu mendapat maklumat
dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media
Umno BN. – Keadilan
No comments:
Post a Comment