Saturday, September 15, 2012

CUBAAN HALANG ANWAR DI LABUAN!!!! Ada kaitan dengan pengumuman penting menakutkan Najib di Sabah


Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib .

Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu.


Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.


Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.


Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.


Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.


Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.


Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.


JALAN PULANG


Pengumuman Penting Jam 3 Petang Dari SABAH!



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi memberitahu bahawa satu pengumuman penting mengenai perkembangan terbaru politik di negeri di bawah bayu akan dibuat pada jam 3 petang ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa lagi ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang dijangka akan keluar dari parti tersebut menjelang perayaan Hari Malaysia ke-49 yang akan disambut esok.


Sumber memberitahu bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Labuan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan peristiwa tersebut yang dijangka akan diadakan di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupung, Labuan petang nanti.


Kini Azmin berada di Labuan menunggu Anwar yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang.


Turut dijangka hadir Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.


Semalam, beberapa pembantu Azmin dihalang dari memasuki Sabah setelah notis larangan memasuki negeri itu diberikan, dipercayai bagi menghalang usaha tersebut dari terjadi.


Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam.


Dipercayai Perdana Menteri Najib Altantuya sudah mengetahui perkembangan terbaru ini di mana kini berusaha bersungguh-sungguh agar peristiwa dua ahli parlimen BN yang keluar iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing tidak lagi berulang.


Najib Altantuya dijangka berada di Sibu, Sarawak malam esok bagi perayaan Hari Malaysia.


Nantikan pengumumannya jam 3 petang nanti.


JALAN PULANG
 

9 comments:

Anonymous said...

tak pasai pasai polis kena maki...patut lah depa kena haramjadah hari hari,,semuanya pasai bapok h20 tu la,,h2o....angkuh..

Anonymous said...

Anuwar ni pegi mana2 pun org benci. Mmg lumrah masyarkt malaysia, tak suka budaya seks bebas masuk tmpt mereka

Anonymous said...

sekor je syaitan yang dikenali dok mai komen sini.

Anonymous said...

Ada jugalah setan yang komen kat sini

Anonymous said...

setan berbentuk orang umno je benci anwar,,,yang jenis setan tak tau nak bertaharah je yang benci anwar,,,orang dok bantah yahudi umno diam aje..anwar masuk labuan pakat kacau,,,

Anonymous said...

umno umno...dah bankrap tu letak la jawatan..

Anonymous said...

hujah dah habis tu,,tu yang baling cat tu

Anonymous said...

..seperti yg telah difirmankan semua Syaitan sama
ada dikenali atau tidak akan tetap menjadi penghuni neraka jestru itu syaitan tetap berterusan menjadi pengacau hingga hari qiamat..namun syaitan tidak akan dapat menyesatkan mereka2 yang ikhlas dalam perjuangan menentang kezaliman bersama PR.. benar lah golongan syaitan dan semua specisnya suka kepada rasuah,kezaliman,zina,judi,arak,rompak harta rakyat,fitnah dan semua yg bertentangan dengan nilai murni islam....hampir semua Syaitan Dikenali telah melakukan tugasan tersebut...dari Saitan Firaun,Saitan Mongolia mahupun saitan2 kecil,yang terhebat semestinya dipegang oleh saitan cyber tropper....Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari semua jenis saitan dan kroni2nya...amin

JKKK said...

sebenarnya UMNO BN ni tak mau rakyat dengar apa2 langsung dari PAKATAN.dengar UMNO BN pnya tak pe.diharapkan team PAKATAN banyakkan bersabar.elakkan kita terbabit dengan provokasi depa.nanti di canang setiap hari dalam tv.PRU13 nanti,tau la nasib depa.ABU..