Sunday, September 9, 2012

HANYA FITNAH UMNO!!!!Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tidak acu pistol

Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.

“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).  Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,”  katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.Keadilandaily

7 comments:

Amuraria said...

KITA TUNGGU & LIHAT APA PDRM AKAN BERINDAK TERHADAP SAMSENG-SAMSENG UMNO-APCO ! JIKA DARI PR CUKUP CEPAT POLIS BERTINDAK TAPI JIKA DARI SAMSENG UMNO-APCO MACAM SLOW & TAKUT JA ? APA KES PDRM ? ADA TANGAN-TANGAN YANG LEBIH POWER KA BACKING SAMSENG-SAMSENG LEMBU NIH ? TOLONGLAH KHIDMAT 'WITHOUT FEAR OR FAVOUR' ! ABU !

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

HANYA MENGACAH DAN MENGHALAKAN PISTOL KE BAWAH. SOALAN AKU

1. MANA NUAR DAPAT DUIT UPAH PENGAWAL PERIBADI
2. PEJUANG YANG HEBATPUN TAKU KE SAMPAI NAK UPAH PENGAWAL PERIBADI?

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

HANYA MENGACAH DAN MENGHALAKAN PISTOL KE BAWAH. SOALAN AKU

1. MANA NUAR DAPAT DUIT UPAH PENGAWAL PERIBADI
2. PEJUANG YANG HEBATPUN TAKU KE SAMPAI NAK UPAH PENGAWAL PERIBADI?

Anonymous said...

Kenapa bang nuwar tak acukan je 'pistol' dia? Sure samseng umno lari. Jgnlah malu bang nuwar. kitaorg dah tgk dah 'pistol' bang nuwar masa balun china doll

Anonymous said...

Sekali lagi, unit amal pas tak buat keje.

Anonymous said...

untuk info anoy 0536 juga prnh diliwat DSAI tu psl di bkn tengok aje dh rasa pn pistol tu.. cuma umporno belum offer dia wat pengakuan n repot polis aje.... low class pya pencacai lh lu.....

Anonymous said...

pencacai umporno bodoh dan bangang tahap gaban