MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat
negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai
kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.
Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr
Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim
Hassan.
Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai
polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh
Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan
Zawawi Wan Yusof.
Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat
berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan
Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.
“Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.
“Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan
baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama
juga bertugas,” katanya pada majlis berkenaan.
Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil
bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri
Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum
ini.
Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.
“Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana
ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al
Quran,” katanya.
Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.
Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub,
anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil
Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.
Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz
Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan
rumput.
Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap
ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.
Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang
terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat
menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.
Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.
Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu
jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.
Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program
Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini
sebelum melangkah ke Putrajaya.
“Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak
1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke
negeri-negeri lain.
“Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan
dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran
perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.
“Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi
menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan
membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti,”
katanya.
10 comments:
legenda bola sepak datang sebab ustazah abby cakap kalau lelaki pakai seluar pendek 3x, tak boleh jadi wali. diaorang datang sebab nak mintak pengampunan
seronok betul. aku pun dulu selalu join pas hadir perhimpunan ni. tapi bila usia dah semakin lanjut, badan pun dah semakin tak kuat, terus aku keluar pas dan masuk DAP. sebab kalau aku still dalam pas, nak kene taat arahan tok guru dengan karpal. tapi kalau aku dalam DAP, kene taat arahan karpal je sebab karpal pun merangkap ketua kepada pas.
dekat rumah aku dah ada macam-macam warna baju dah. bila nak demo bersih, pakai baju kuning. bila nak sertai himpunan hijau, pakai baju hijau. nanti bila kita nak sokong lesbian gay biseksual transeksual kita nak pakai baju apa? sebab di waktu ekenomi di kelantan yang tidak menentu, aku nak kene saving awal beli baju ni.
wau! ramainya! tapi sedih betul, hari tu perhimpunan aman selamatkan palestin, orang pas ramai tak datang. aku dengar cerita dihalang oleh pimpinan tertinggi pas kerana penasihat aman palestin ialah dr mahathir. so, sekarang ni kita orang pas kene sokong yahudi macam pkr tu ke?
aku nak cadangkan, dengan kekuatan kita yang utuh, apa kata kita anjurkan perhimpunan 'menjaga keselamatan negara yahudi' seperti yang abang nuwar usulkan dalam wawancara hari tu. kalau kita bernasib baik, george soros yahudi akan bantu kita kasi dana untuk pilihanraya. so, tak payah kita pening2 lesapkan dana akhirat lagi.
so, bernas tak idea aku?
Sekor pencacai syaiton yg dikenali dok ngomen....
Anon 17.02, ko tak boring ke komen bende yg sama. Tak habis2 komen 'pencacai yg sama komen'. Jawablah persoalan yg ditimbulkan, bukannya asyik mengelak isu. Apa guna kita org pas bayar ko mahal2 kalau isu kecik pun tak dpt jwb!
sebenarnya memang boring sebab duk bc komen dr sorang pnyokong umno tp mengaku pnyokong pas.buat malu je.org yg sma pulak tu
Wei bisan aku baca komen cai umngok ni!!!!
You CAI UMNGOK! Pergi main jauh2!!!
Penjejak Awan
Auzubillahiminasyaitonirojjin.....
Post a Comment