“Saya rasa
beliau lupa," kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda
Kebangsaan (Bangkit), Abd Rahman Ramli berhubung kenyataan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang mendedahkan
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merupakan sebuah
pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.
Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.
“Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti PAS sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Abd Rahman juga mempersoalkan kewujudan beberapa lagi pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS tetapi tidak dibangkitkan Ahmad.
“Antara pertubuhan dikenal pasti adalah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan Belia Felda.
“Anak memang sebuah pertubuhan tetapi kewujudan Anak tidak menyalahi undang-undang kerana ia berjalan atas tiket parti PAS tetapi mempunyai perbezaan dengan JKKR dan GPW,” katanya.
Beliau turut mendesak Ketua Pengarah RoS, Abdul Rahman Othman mengambil tindakan sewajarnya ke atas pertubuhan itu juga.

Ahmad Maslan kini terdesak dicalonkan semula bertanding di parlimen
Pontian berdasarkan cakap-cakap bahawa penggantinya terdiri daripada
calon yang pro kepada Perdana Menteri, Najib .
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment