Kenduri Kahwin Anak Ali Cipta Rekod, Seramai 130,000 Tetamu Hadir!
Dalam heboh
menteri -menteri BN mempunyai kekayaan luar biasa , selepas Taib KM
Sarawak didakwa mempunyai kekayaan RM45 bilion . Mungkin dengan perasaan
megah dan suka menunjuk-nunjuk dapat mengambarkan mereka mempunyai
kekayaan luar biasa. Semalam heboh di twiter angggaran kos pekahwinan
anak KM Melaka antara RM 4 hingga 13 juta.
Orang bodoh
pun dapat menganggarkan dengan majlis yang begitu besar dan kos yang
tinggi mereka tentu mereka mempunyai kekayaan yang luar biasa. Dengan
jawatan Ketua Menteri tentu beliau tidak mampu untuk mengadakan majlis
yang terbesar kalau mengharapkan duit gaji beliau.
Seramai
130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri
Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul
Rahman, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.
Ia sekaligus telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.
Majlis
persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali,
26, bermula pada pukul 10.00 pagi dimeriahkan dengan kehadiran
masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut
berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan mempelai.
Yang
Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri
Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada
pengantin perempuan turut hadir.Kedahkini
No comments:
Post a Comment