Tuesday, October 9, 2012

KEDUTAAN MALAYSIA DITUTUP!!! Sambut Rosmah, adakah dia lebih mulai dari Permaisuri Agong?


DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.


Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.


Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.


Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.


Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.


Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF).


Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.


Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.


Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.


"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

6 comments:

rakab said...

hahahahaaa....berita dari haprakdaily yang tinggal nyawa-nyawa ikan tuu,..

dengan gambar superimposed, kau cuba nak temberangkan orang pulak....hanya kambing pas perut buntal jer yang percaya !!

muaahahahahaaa....

Anonymous said...

Ha ha ha pencacai umngok mari dah rajin gak yek lawat blog pakatan

Anonymous said...

ye la....mungkin dah terasa NGOK nya tapi blum nak ngaku......malu la tu...ala...malu

Anonymous said...

beruk umno macam tu la komennya

Anonymous said...

tido tak lena sejak kebelakangan ni.
Pasal tu yg merayau sambil meracau tak kira tempat.
Hehe

Nie Feng Malaysia said...

Mana Duta Besar Malaysia ke Qatar? takda pun kat dlm tu. Takkan la jumpa Royal Qatar tak masuk? dah jadi tak betul dah ni... tak buat kerja namanya tuu...dh la cerita dari harakah plak tu... adoii
1. Berapa ramai Staff Malaysia di Duta Malaysia di Qatar
2. Berapa ramai rombongan yang datang? DS Rosmah dtg sorang2? power gileeee
3. Kalau semua tu bleh dibuat sendiri staff kedutaan, perlukah kita buang duit upah org?

p/s: anyway, siapa laaaah yg iring DS Rosmah duduk ngan Queen Royal Qatar tu?
p/s: saya tau cerita pun dari harakah.. bleh plak ckp saya wakil BN ! bengong btul.. takkan nk tegur sbb buat cerita tak logic pun tak bleeehhhh.. Kedutaan Qatar bukan baru bukak semlm !