Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan
Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013
yang dibentangkan Najib yang disifatkan tidak memberi kesan
besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanya, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan
lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata
orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting
bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar
hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad
berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila
meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui
pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan
canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus
merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan
bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan
mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian
jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga
40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi
RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno
BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
3 comments:
Nak tahu umpan menjadi atau tidak tunggulah PRU13 nanti,....tapi mat sabu dah tau, sebab tu laa dia menggelabah !
Orang berpendapatan rendah dapat BR1M kemudian belanjakan dikedai, barang dapat dijual pekedai pun dapat duit, pemborong dapat jual barang, kilang-kilang pun dapat banyak tempahan.
Cukai dibayar, duit pulang kepada kerajaan semula.
Yang penting ekonomi dapat digerakkan.
Orang bodoh macam mat sabu mana layak jadi menteri sebab akalnya panjang sejengkal jer...
Mat sabu kecoh kerajaan bagi rm500 dan rm250 kepada rakyat tapi bila pakatan haprak di penang dan selangor bagi duit tak berbunyi pulak dia,...
takut sama Dap ler tuu...takbir 3x
pencacai umngok sekarang bernama rakab
lepas pru kita bakar dia
Post a Comment