Saturday, October 20, 2012

LIDAH BIAWAK!!! UMNO, MCA, GERAKAN sama sahaja



UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'?


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Ramai yang tidak faham isu sebenar mengapa pakatan ahli-ahli majlis PR mendesak Dato' Rasli Basir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatan, lalu mendesak saya membuat penjelasan dalam kolum Harakah. Saya mengambil masa hampir separuh hari untuk mencari sudut fokus yang tepat dan 'selamat' (pada kedudukan saya) untuk menulis tetapi gagal.

Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.


Isu kedua yang kecoh di Kedah ialah isu pelaksanaan Islam yang kemudian mengundang kenyataan-kenyataan kontroversi. Segalanya bermula dengan persepakatan MCA dan Gerakan  Kedah menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan  isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50,  'kegagalan' membina semula kandang pemotongan babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan kononnya PAS memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi. Antara yang membangkitkan isu tersebut ialah Dato' Chor Chee Heung (MP Alor Setar), Dato' Chong Itt Chew (Pengerusi MCA Kedah) dan Tan Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan Kedah).


Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan lagi kedua isu tersebut setelah berkali-kali menjelaskan dalam ruangan ini. Untuk isu ketiga, jawapannya sangat mudah iaitu tiada arahan memaksa tulisan jawi di papan iklan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka hanya digalakkan lalu peniaga lebih selesa menggunakan tulisan jawi memandangkan masyarakat Muslim adalah majoriti di negeri ini. Tetapi biasalah BN, fitnah seolah-olah menjadi rukun yang wajib dilakukan oleh parti mereka.


Terbaru ada pihak berkuasa tempatan yang bercadang mengenakan peraturan terhadap aktiviti pengiklanan. Syaratnya sangat mudah, jika model iklan yang dipaparkan itu Muslim ia wajib menutup aurat. Jika modelnya bukan Muslim ia mestilah berpakaian sopan. Foto seorang wanita bukan Muslim yang memakai choengsam sudah dianggap sopan. Yang tidak sopan ialah wanita yang mendedahkan pangkal dada, paha atau memakai bikini.


 Namun semua parti komponen BN menjadikan isu perkauman sebagai penyambung hayat mereka. MCA dan Gerakan pun memalu gendang di kalangan masyarakat bukan Muslim di Kedah bahawa peraturan melarang iklan separuh bogel adalah peraturan yang melampau.


 Kenyataan pemimpin MCA dan Gerakan itu disiarkan secara besar-besaran dalam semua media Cina. Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo memberi penjelasan panjang lebar kepada semua media tersebut untuk menangkis serangan, namun yang tersiar hanya beberapa baris. Media Cina juga mutakhir ini mungkin sudah diberi kata dua oleh Umno sehingga mereka hilang kebebasan bersuara. Transformasi dalam demokrasi yang kononnya dilaungkan Najib rupanya membawa media Cina ke era komunisme.


Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah, William Khor menjawab kalau hudud dilaksanakan pun ia sangat baik kerana berjaya banteras jenayah. "Kalau saya kena 'potong' pun saya tetap akan sokong PAS," katanya. Jawapan sebegitu tentulah tak diperlukan oleh bukan Muslim, cuma pedas menyindir sebahagian orang Melayu yang menolak hudud.


Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik tidak berpuas hati dengan kenyataan racis MCA dan Gerakan lalu mengadakan sidang media menjelaskan isu sebenar. Rupanya kenyataan beliau tidak diputarbelit oleh media Cina tetapi Utusan Malaysia pula yang mengambil peranan memutarbelit isu itu dari persepsi perkauman Melayu Islam.


DAP kononnya dituduh akan menentang apa-apa peraturan yang berunsur keIslaman yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, termasuk peraturan iklan tidak sopan. 'PAS perlu restu DAP' dijadikan tajuk utama Utusan Malaysia sebagai tindakan provokasi perkauman terhadap orang Melayu.


Lee Guan Aik lantas menyelar tindakan akhbar pemfitnah itu menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.


"Berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.
“Pada 14 Oktober 2012, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).


“Ianya perlu dibincang bagi mendapat pandangan semua pihak dahulu, baru boleh dilaksanakan, bukan saya kata PAS perlu restu DAP baru boleh laksana undang-undang berunsurkan Islam, ini bertujuan bagi melaga-lagakan kami (Pakatan Rakyat),” jelas beliau ketika dihubungi," ujarnya.
Begitulah MCA, Gerakan dan UMNO; mereka dari satu badan (BN) tapi lidah yang terjelir masing-masing pincang bercabang. Lain di hadapan Melayu, lain pula di hadapan Cina bukan Muslim.

14 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya, ustaz azizan gagal mengawal org bawahan dgn baik. Terlalu bnyk isu yg tidak dijawab oleh ust azizan sendiri dan beliau hanya membiarkan orang bawahan terutamanya golongan anwarinas mengeluarkan kenyataan tanpa panduan. Dap pula dgn senang mencampuri urusan pentadbiran beliau.

Mungkin setelah beliau kini hanyalah menteri boneka akibat dipantau dgn ketat oleh jawatankuasa pemandu pas, beliau lbh suka mendiamkan diri

Anonymous said...

Semua org tau kepincangan di kedah adalah krn ust azizan tidak sehaluan dgn anwarinas. Dulu ust azizan secara lantang membidas kitab suci pakatan, buku jingga. Sekarang kalau mengikut sumber, ustaz azizan akan ditendang dari kerusi mb slps pru13 dan akan dijadikan kambing hitam sprt ust nasa.

Semoga Allah memberi kekuatan kpd ust azizan bagi menghadapi parasit anwarinas yg hanya merosakkan pas.

Anonymous said...

Anwarinas - parasit
Anwar peliwat - pelesit

Anonymous said...

apa la beruk umno ni komen. sedarlah orang umno la yang buat onar dari dalam kerajaan negeri.

dok mana pun kalau ada umno sah ada rasuah

Anonymous said...

Memang betulah dikomen diatas tu MB sebagai patung tak berani nak bersuara jawatan aja Menteri Besar. Anon 23.22 tu tak habis2 nak salahkan orang fikirlah secara positf sikit siapa yg memerintah Kedah PR atau BN pemerintahlah yang patut disalahkan.

Anonymous said...

Anon 23:44 ni pun satu..kalau kerajaan negeri nk buat pembaikan, kerajaan pusat x bg..pastu kata kerajaan negeri x buat kerja.. tgok bila kerajaan kelantan mtk peruntukan buat jalan, kerajaan pusat dok tangguh2 (maklumla duit peruntukan dah masuk poket geng2 umngok).. bila kerajaan kelantan ambik inisiatif collect derma, dok sibuk2 kata mintak derma..dah nama derma, confirm2 la org ikhlas bg.. ko umngok nak sibuk2 apa? Dahla songlap duit..pastu sekor2 ada akaun bank rahsia kat oversea..ko rakyat2 yg bahlol dan buta, bila diorg sumer dah lari bwak duit, baru ko ternganga.. bukalah mata kepalamu wahai mangkuk ayun umngok..

Anonymous said...

Nilah penyakit org pas, semua nak salahkan umno. Kalau opah ko kene kencing manis pun aku rasa ko salahkan umno. Ameklah inisiatif perbaiki diri sendiri, tak perlu salahkan org lain.

Anonymous said...

Kenapa dah lsma tak dengar pasal ust azizan? Anwarinas tak kasi siarkan cerita pasal dia ke?

Anonymous said...

Percayalah cakap aku. Hayat politik ust azizan tak lama. Siapa yg menentang anwarinas dan dap pasti karier politik diaorg akan dibunuh.

Anonymous said...

sprm dah siasat, yg kena siasat tu orang kuat umno. nak putar kot mana lagi

Anonymous said...

Anon 00:06 pun dah sama mcm kaki belit yg laen...dok backup tanpa bukti, tp suka bg contoh yg merepek2.. org pas ke, pkr ke kalau bg info, dgn fakta skali..bkan mcm korg umngokians yg suka melalak2 tanpa bukti..nk wat camne, kerja dok mengampu umngok jee..kipas bontot bang..kipas lg..kot2 opah hang kena kencing manis umngok bleh tolong..hihi..

Anonymous said...

Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan untuk Kedah buat jalan dan Kelantan air bersih tapi hanya setengah yang gunakan rakyat yang jadi mangsa.

Anonymous said...

Mmg kitaorg dpt peruntukan dari krjn persekutuan. Tapi buat apa nak gunakan untuk rakyat. Lbh baik kitaorg guna untuk parti dan persediaan putrajaya. Kalau duit memali kitaorg sanggup kebas, duit peruntukan apalah sgt

Anonymous said...

Alahai anon 07:55..cubala jadi jantan skit..nk menyamar jd org pas pulak da..xde idea dah ke nk melalut? Ke kerja ko mmg kena melalut so umno leh bg anak bini ko makan?