Kira-kira
3,000 orang Cina keluar dewan ketika Presiden MCA aka Pelakon Video,
Chua Soi Lek berucap pada Majlis Makan Malam di Kulai, Johor semalam.
Pihak penganjur mendakwa bahawa kira-kira 5,000 orang hadir pada program tersebut.
Kalau kira-kira 20 peratus orang yang hadir keluar dewan apa maknanya ini.
Timbalan Presiden
MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bingkas bangkit membela bossnya dengan
mendakwa bahawa, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada
majlis ketika Chua Soi Lek berucap bukan petanda pengurangan sokongan.
Liow
berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran
majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak
membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
"Ia
tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya
dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di
Kuala Lumpur hari ini.
China Press hari
ini melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam
majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.
Penganjur
program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun
menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan
jalan raya.
Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.
1 comment:
Hidup sex mca!
Post a Comment