Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.
“Menurut Global
Financial Index (GFI), ‘illicit financial’ (aliran wang haram keluar)
berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Belum dijawab oleh kerajaan.
“(Seperti) ada
muslihat untuk melindungi penjenayah yang merompak wang negara. Kita
diberikan senarai oleh laporan ketua audit negara, hasil belanja,
defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang keluar) tak disentuh
langsung,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara
langsung tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang
memantau prestasi ekonomi negara.
“Dalam masa sama
defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi,
yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan
Rakyat),” tegasnya.
Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.
“Ini kadar
paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Najib) sebagai
Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak
munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.
“Di bawah
Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,”
tempelak Anwar.
Bercakap dalam
sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah
Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian ‘berbilion ringgit’ yang
didakwa ‘hilang atau dipadamkan begitu sahaja’ daripada laporan Ketua
Audit Negara 2011.
Laporan Audit
berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua
minggu pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan
No comments:
Post a Comment