Akhirnya, setelah terbongkar kelmarin seperti yang didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Perdana Menteri Najib mengesahkan bahawa dia mengaku telah bertemu dengan spekulator matawang keturunan Yahudi, George Soros di New York dua tahun lalu.
Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997-98.
"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.
"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.
Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:
"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".
"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.
Ditanya sama beliau menasihati Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:
"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.
"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.
"Dan hakikatnya Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.
Tetapi yang menjadi persoalannya;
1) Mengapa setelah dua tahun berlalu dan didedahkan baru hendak mengaku?
2) Apakah muslihat di sebalik pertemuan yang konon didakwa Najib sebagai pertemuan biasa dan sebagai kunjungan hormat? Mengapa
perlu berjumpa secara tertutup di sebuah hotel mewah, The Plaza Hotel
dan bukannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana Najib merupakan ketua kerajaan dan Soros hanyalah seorang penyangak
matawang?
3) Jika benar dakwaan Najib bahawa Soros yang melakukan
kunjungan hormat, mengapa pula dia yang datang ke hotel tersebut
sedangkan sepatutnya Soros yang mesti berjumpa dengannya dan menanti
kehadirannya?
4) Siapa Najib di mata Soros? Perdana Menteri British? Perdana
Menteri Australia? Perdana Menteri Kanada? Tidak! Najib
hanyalah perdana menteri Malaysia yang tidak mendapat mandat dari
rakyatnya sendiri yang tidak punya apa kekuatan jauh sekali keberanian,
malah hendak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun dia
sanggup ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu!
5) Apa keistimewaaan Najib berbanding Mahathir di mata Soros? Mahathir berjumpa Soros pada 2006 setelah bersara pada 2003 sedangkan Najib jumpa semasa dia masih lagi PM pada 27 September 2010. Apakah Najib menyindir Mahathir kunun dia lebih tinggi darjat di mata Soros?
6) Di mana suara-suara PERKASA, PAKIDA, GAPS, Badan Bertindak Selamatkan Melayu, PPIM, Ibrahim Ali, Hasan Akidah, Nasharuddin Mat Isa, Hamidzun Khairuddin, Shaik Hussain Mydin dan NGOk-NGOk pro Umno menentang perjumpaan Najib yang mereka sangat kagumi itu? Dengar khabar Ibrahim Ali mengamuk sebab Najib tak bawa dia sekali jumpa dengan Soros? Benarkah dakwaan itu?
7) Sudah sampai masanya ahli Umno seluruh negara keluar beramai-ramai kerana pemimpin Umno seperti Najib dianggap hipokrit kerana sudah dikawal dengan taburan wang dan diugut supaya terus menyokong Yahudi menyembelih umat Islam di Palestin sedangkan kununnya Najib adalah pemimpin bersih dari sebarang skandal termasuk didakwa berkhalwat dengan Ziana Zain dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.
JALAN PULANG

2 comments:
ubah je krajaan.n jtuhkan je najip tu..hbis cite..ABU
Nak harapkan katak silentia bertindak? Jilat bontot Mahashit laaa!!! PERKOSA ke, GAPS ke dan mereka yang sewaktu dengannya, semua barua-barua UMNGOK!!!!
Post a Comment