Monday, October 8, 2012

PANAS!!! Menteri mengaku 8000 jururawat menganggur


Berapa ramaikah sebenarnya graduan kejururawatan yang menganggur, 8,000 atau 40,000? Jika sudah berlaku lambakan jururawat swasta kenapa dibenarkan lagi IPTS mengambil pelajar baru? Kenapa pula dibenarkan hospital swasta mengambil 8,000 jururawat asing?

8,000 JURURAWAT MENGANGGUR
8 Okt. 2012

Sebanyak 8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan peluang pekerjaan.

"Mengambil kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta.

"Malah, kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam dunia pekerjaan," katanya.

'HIRE LOCAL NURSING GRADS'
07 May 2012

THE Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the targeted nurse-patient ratio by 2015.

Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses.

LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR

Graduan kolej jururawat menganggur

SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.

Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?

Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.

GRADUAN KECEWA,
Kuala Terengganu.


JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?

PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT

Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduan pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.
Sumber :

15 comments:

Amuraria said...

anak tirikan rakyat ,macam parti sekutu apco yang memerintah bagi kerakyatan 'free' pada pendatang asing asal boleh menang undi ! ABU !

Anonymous said...

cerita ko tak cukup panas lah paspb. ni, ko punya pimpinan tertinggi ni ada konflik dengan abang nuar, lagi panas. timb mursyidul am ust harun din mintak Pas tidak dikaitkan dengan tindakan abang nuar melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman Islam liberal.

so, sekarang ni kita nak sokong abang nuar ke nak sokong harun din. Ulas lah pasal ni. setakat citer jururawat menganggur ni, citer kecik je.

Anonymous said...

lupa pulak nak tanya paspb, ko ni salah sorang dari golongan parasit erdorgan anwarinas ke? cuba ko buat penjelasan pasal status diri ko ni

Anonymous said...

tahik lembu umno lagi panas

Anonymous said...

come on lah paspb. tak habis-habis citer pasal lembu. orang yang baca komen ko dah muak rasa nak muntah dah. cari modal lainlah.

Anonymous said...

Lembu umno marah la, sian nanti umno upah rumput kering

rakab said...

Kerajaan dilihat telus dalam mengakui masalah jururawat yang menganggur.

Yang penting usaha mengatasi masalah ini berjalan berterusan.

rakab said...

Bila tak mampu balas komen, paspb mulalah memanggil lawannya lembu.

Takkan la blogger Pas lemah sampai begini sekali !

Anonymous said...

okeylah kiter tukor pulok....tak main lembulah.....sbb lembu nie cerdik sikit dari pecacai UMNO/Bn......kita main kambing pulak...lebih2 lagi warna hitam.....ini yg paling pemimpin UMNO/Bn suka.....tak caya tanya mahathir ke..najib ke....hihihihihi

Anonymous said...

kambing kira tak ok lagi, kita panggil beruk umno la. baru rakab suka

Anonymous said...

Standard blogger mmg mcm ni, tak pandai berhujah. Tulah sbbnyer diaorg divert isu.

Anonymous said...

Ini blogger picisan ler beb...baik gua baca maklumat dr UMB....

Anonymous said...

Aah kat blog umporno byk citer porno! Dah p main jauh2 lembu aka kambing aka beruk umporno

rakab said...

Porno yang diamalkan oleh pemimpin pakatan,...memang patut dibongkarkan....sedap mah !

huahahaa..

Anonymous said...

lembu umno pasai porno memang sedap